Hiburan By: SGMS Faida May 30, 2018 @ 6:23am

Gimik Bukan Berita Hamil!

Itu gimik saja! Demikian kata Fattah mengenai posting yang dimuatnaik di laman Instagram beliau yang disangkakan berita kehamilan isterinya, Nur Fazura.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 28 tahun ini memohon para peminat di luar sana terus mendoakan yang terbaik untuk dia dan isteri.

“ Ramai sangka posting itu berkait dengan berita kehamilan. Walhal bukan, itu hanya gimik lagu raya saja pertama saya, Syawal Kali Ini.

“ Saya tidak salahkan peminat sebab mereka mahu lihat yang terbaik daripada kami. Bagaimanapun, saya berharap mereka terus mendoakan saya dan isteri.

“Alhamdulillah, saya dan isteri disatukan juga kerana doa mereka,” katanya selepas pelancaran single lagu Raya Syawal Kali Ini di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Baru-baru, entri Fattah di Instagram mengenai sesuatu yang ingin diumumkan khusus buat peminat yang selama ini mendoakan mereka, menimbulkan spekulasi kononnya pasangan itu bakal menimang anak sulung.

Single Syawal Kali Ini adalah lagu raya pertama Fattah hasil ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Single lagu hasil kerjasama syarikat produk wangian AJ De’ Parfum itu dijual bersama barangan terbabit dengan sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada rumah kebajikan terpilih.

Fattah yang dilantik duta Aj De’Parfum, turut menjadi sebahagian daripada keluarga itu apabila diberi tanggungjawab menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Tahniah Fattah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

Hero Muzik Video Semakin Terjawab, Bukan Remy Tapi Syafiq Kyle!

Sarah juga tidak menolak seandainya tontonan muzik video ini berjaya menarik perhatian penonton, Syafiq adalah ‘pelarisnya’.

Featured Tue, 28 Jun 2022
Featured Sat, 7 Jan 2023

“Datang Balik Berbincang? You Block I…” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberikan respons terhadap berita pernikahan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar menerusi rakaman video, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Sarah memberitahu dia akan menjelaskan dan akan memperbetulkan beberapa soalan mengelirukan yang […]

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Anak Lana Nodin Dibedah Hari Ini, Linda Onn Luah Rasa Sebak

Insya Allah… semoga pembedahan berjalan lancar hari ini. Be strong, Billy!

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Nora Danish Nak Anak Lagi?

Sama-samalah kita doakan semoga impian Nora menjadi kenyataan

Hiburan Sun, 22 May 2022