Hiburan By: SGMS Faida September 19, 2019 @ 11:11am

‘Bukan Kecil Hati Tapi…’- Kenapa Tu Ayda Jebat?

Tidak tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32), penyanyi dan pelakon Ayda Jebat memaklumkan tidak dapat hadir pada malam itu nanti.

Ayda ketika ditemui di majlis pelancaran telefon pintar OPPO Siri A 2020 menafikan merajuk dengan pihak penganjur tetapi mempunyai alasan tersendiri tidak dapat hadir.

“Ada orang lebih layak untuk pergi dan berada di sana.

“Bukan kecil hati tak mahu datang tetapi saya memenuhi undangan nyanyian Ahad ini. Bukan soal saya tidak tercalon dan sebagainya, saya merajuk tidak mahu datang,” katanya kepada Xtra.

Sebelum ini, Ayda memaklukan dia tidak melatah selepas namanya tiada dalam senarai penuh finalis Top 5 ABPBH 32 dan menganggap bukan rezeki untuk dirinya.

“Ini semua adat pertandingan dan saya anggap ia bukan rezeki. Namun apapun, saya akan tetap memberikan sokongan kepada penganjuran anugerah itu.

“Lagipun, bukan prinsip saya nak kejar trofi tapi lebih kepada karya yang berkualiti untuk terus menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakonan. Itu lebih penting,” katanya.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Ayda berjudul ‘Cindai’ bakal mula bersiaran di slot Samarinda pada November depan.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Fri, 17 Mar 2023
Trending Thu, 26 May 2022

Penunggang Motosikal Mengaku Tidak Bersalah Memukul Warga Emas

Penunggang motosikal belasah warga emas didakwa di Mahkamah.

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

TIME Beri Amaran Kepada Telekom Malaysia

Awal minggu ini, kita dihidangkan dengan pengumuman berkenaan pakej unifi Turbo daripada Telekom Malaysia(TM) kepada semua pelanggan mereka. Ia tentunya merupakan satu berita yang amat menggembirakan pengguna internet di Malaysia yang sudah lama mengidamkan internet yang lebih

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

环映制作公司隆重开幕!今年将拍两部电影

环映制作公司(K Production)正式开幕!多位本地艺人王骏、温绍平、陈美娥、曾维山、甘家麒等人均现身站台;同时,也宣布今年将开拍两部分别有王骏和陈美娥主演的电影。

Hiburan Wed, 23 May 2018

BTS is the First KPOP Group to Make Their Comeback on Foreign Stage

They performed Fake Love at the Billboard Music Awards 2018 and they’re also the first KPOP group to perform there!

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

Scam RM30,000 Datuk Seri Vida Nyaris Jadi Mangsa

Jangan ingat kita orang luar sahaja yang terkena scam, Datuk Seri Vida pun nyaris jadi mangsa. Kalau tak dah kerugian RM 30,000

| Live TV