Hiburan By: Maya Basir May 8, 2022 @ 3:00pm

“Bukan Kita Tak Nak Beri Orang Pegang Atau Cium Anak, Tetapi…” – Harris Alif Tak Benar Orang Cium Anaknya

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai mengambil kesempatan untuk bertemu dengan sanak saudara dan akan berjumpa dengan ramai orang. Hal ini sedikit sebanyak merisaukan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Tentulah, anak kecil lebih terdedah dengan pelbagai jenis penyakit dan jangkitan kerana mereka belum ada kekuatan sistem imun yang stabil.

Mungkin hal ini yang dirisaukan oleh penyanyi, pelakon dan pengacara Harris Alif yang terpaksa meletakkan beberapa peraturan terhadap orang kepada anak kecilnya, Eviee Khadeeja yang baru berusia empat bulan.

Menurut Harris, dia tidak mahu membenarkan sesiapa untuk mencium anaknya ketika dia dan isteri, Intan Ladyana pulang ke kampung berhari raya.

“Budak-budak ini sangat sensitif dengan orang nak cium, nak pegang. Jadi, saya harus buat peraturan atau SOP sendiri.

“Bukan kita tak nak beri orang lain nak pegang atau cium anak, tetapi bayi ini masih lagi ‘fragile’.

“Kkalau sekadar nak pegang tu, saya rasa tiada masalah. Tapi kami perlulah berjaga-jaga kerana situasi sekarang ini agak rumit, terpaksalah kami berjaga-jaga untuk keselamatan anak kecil,” katanya.

Pada masa sama, Harris menegaskan bahawa SOP yang ditetapkan bukan dibuat sekadar suka-suka. Ianya adalah untuk kesejahteraan dia dan bayinya kelak.

“Takut juga kalau sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Sebab hujung-hujung ibu bapa yang kena hadap semua.

“Jadi mungkin saya dan Intan akan pesan kepada orang yang kami jumpa supaya tidak cium anak kami. Siapa yang tak sayang anak kan?” katanya.

Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan dikurniakan anak pada akhir Januari lalu.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 22 Nov 2020

SFMM35 Ditunda, Alif Satar Positif COVID-19

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin.

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Anak Ahmad Dhani Sebak Di Konsert Reunion Dewa 19

Semalam berlangsungnya konsert reunion Dewa 19 yang mana lebih 7,000 penonton membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam. Apa yang menyentuh hati di stadium semalam apabila anak kepada vokalis Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani atau Dul tidak […]

Featured Thu, 24 Nov 2022
Events Mon, 4 Nov 2019

网红究竟能赚多少钱?《网红炼精术》为你揭秘

网红到底是什么?网红又是如何赚钱的呢?如何成为网红?

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Susut Berat Badan Dan Muka Cengkung, Sufian Suhaimi Sakit Apa Tu?

Good luck for AJL33, Sufian Suhaimi ! Semoga cepat sembuh ye.

Trending Wed, 13 Jun 2018

Tragedi Raya! Jari Hancur Angkara Mercun

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan hilang jari telunjuk sebelah kanan akibat melecur dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Events Tue, 12 Mar 2019

Lazada live streams 7th Birthday concert featuring British popstar Dua Lipa and More!

The event will take place in Jakarta but everyone can watch the live stream through the Lazada app!

error: Content is protected !!