Hiburan By: Del14 January 10, 2020 @ 1:46pm

Bukan Lagu Cinta Biasa, Haqiem Rusli Bakal Berikan Kejutan Di AJL 34!

Baru berusia 21 tahun, penyanyi dan komposer Haqiem Rusli berjaya menempah namanya dalam industri muzik dalam usia yang sangat muda.

Tahun ini merupakan tahun ketiga penyanyi berbakat itu bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 setelah lagu ‘Lembah Kesepian’ ciptaannya berjaya menempatkan diri di antara 12 finalis pada 9 Februari nanti. 

Berbicara tentang persediaaan AJL ke-34 kali ini, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli berkata dia tidak sabar untuk menonjolkan persembahannya yang kini sudah hampir 80% siap.

Walau bagaimanapun Haqiem akur apabila lagu ‘Lembah Kesepian’ tidak secemerlang lagu-lagunya yang lain kerana ia berkisarkan hubungan anak dan ayah, dan bukan kisah cinta seperti lagu-lagunya yang terdahulu. 

“Dari segi persembahan dan persediaan dari segi mental dan fizikal, boleh saya katakan sudah dalam 80% siap.  Masa persembahan saya nanti, niat saya adalah sambil menyanyi saya nak beri nasihat pada masyarakat. 

“Lagu ‘Lembah Kesepian’ ni istimewa buat saya kerana ia bukanlah lagu cinta biasa yang macam saya hasilkan sebelum ini.  Ia sebenarnya mengisahkan pengorbanan seorang ayah. 

“Sejujurnya saya tak sabar nak lihat reaksi dan komen orang ramai tentang penyampaian saya pada malam itu,” katanya kepada XTRA sewaktu ditemui di sidang media AJL ke-34 di De’Wan by Chef Wan, Kuala Lumpur, semalam. 

Pelantun lagu ‘Selamat Tinggal Sayang’ itu berharap lagu ‘Lembah Kesepian mampu membuka minda pendengar dan menyentuh perasaan sesiapa yang pernah melalui hubungan yang dingin dengan bapa mereka dan merasakan AJL merupakan platform terbaik untuknya memberi impak kepada pendengar. 

“Saya buat lagu tu pada pukul 4 pagi! Memang masa saya tulis lagu tu, target saya adalah supaya lagu ni berjaya ke pentas AJL. Saya mahu gunakan AJL sebagai platform supaya lagu ini didengari ramai dan boleh menyentuh perasaan para pendengar.

“Tunggukan kejutan dari saya. Pendengar mungkin akan sentap…tapi in a good way,” katanya lagi. 

Perkembangan terkini dari penyanyi dan komposer berbakat ini, Haqiem bakal mengeluarkan lagu baru pada 17 Februari nanti dan menurutnya dia bereksperimentasi dengan lagu yang bergenre rock pula.

“Tahun ini saya akan mengeluarkan lagu bergenre rock yang rancak contohnya macam indie rock. Saya nak tarik perhatian peminat muzik lelaki pula dengan lagu baru saya yang mempunyai mesej positif mengenai masyarakat. 

“Saya tahu peminat saya ramai perempuan…lebih-lebih lagi lagu saya yang terdahulu banyak berkisarkan kisah cinta. Walaupun ada yang tak percaya lagu Lembah Kesepian ni berjaya ke peringkat final kerana mereka rasa lagu ni lagu ‘recycle‘ tapi saya tak ambil hati, sebab lagu Lembah Kesepian bukan kisah cinta biasa. Tontonan YouTube pun kurang, tapi tak mengapa…asalkan mesejnya sampai,” ujar Haqiem.

Haqiem mengakui dia masih berasa gemuruh apabila membuat persembahan di atas pentas, walaupun ini tahun ketiga dia bakal beraksi pada malam Anugerah Juara Lagu.

Namun dia percaya, pengalamannya dua tahun lepas akan membantunya menjadi lebih matang untuk mengatasi perasaan gementar untuk memberikan persembahan yang terbaik pada malam 9 Februari nanti. 

Terdahulu, Haqiem mempertaruhkan lagu ‘Tergantung Sepi’ pada AJL ke-32 dan berjaya mendapat tempat ketiga, dan lagu ‘Jatuh Bangun’ duet bersama Aman Ra pada AJL ke-33. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Bazir Masa Nak Fikir Pasal Cinta, Yeah Aku Sakit!” – Muat Naik Video Di IG, Mimi Lana Cetus Spekulasi

Pelakon Mimi Lana sekali lagi mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya seolah-olah memberikan gambaran mengenai perasaannya pada ketika ini. Menerusi hantaran tersebut, Mimi kelihatan sedang duduk di atas katil sambil […]

Selebriti Sun, 17 Apr 2022

“Kami Tak Garang, Tapi…” Hanis Zalikha & Hairul Azreen Ulas Cara Didik Anak

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kongsi cara didik anak

Featured Wed, 30 Jun 2021

Tiada Lagi Total Lockdown Buat Perlis, Kelantan & Terengganu, Dijangka Masuk Fasa 2 Minggu Hadapan

Negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) minggu depan. Memetik laporan Awani, keputusan untuk menamatkan ‘total lockdown’ di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya […]

Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Rai Ulang Tahun Ke 30, Neelofa Anjur Majlis Keagamaan

Alhamdulillah… Selamat Hari Jadi Neelofa!

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Status tak sindir sesiapa – Sharifah Sakinah

Hubungan baik dan keserasian yang dicapai antara dia dengan aktor itu bukan sekadar dalam drama semata-mata, malah juga di luar set penggambaran.

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

首要媒体超越谷歌和脸书!成为大马人最受欢迎的移动内容

马来西亚最大的整合媒体公司首要媒体超越谷歌和脸书,成为马来西亚人最受欢迎的移动内容!