Rahsia Awet Muda? Bukan Mineral Tapi Susu Segar

Baru-baru ini, diva popular Mariah Carey menolak dakwaan mengatakan dia menggunakan air mineral dari Perancis sebagai air mandian.

Penyanyi popular dengan lagu Hero ini menginjak usia 48 tahun ini namun tetap kelihatan muda. Apa rahsianya?

Beliau mengesahkan menggunakan susu segar sebagai air mandian. Katanya, amalan itu sudah lama dipraktikkan sebagai salah satu rejim kecantikannya.

“Betul saya menggunakan susu segar sebagai air mandian tetapi bukanlah setiap hari!

“Saya gunakan susu sebagai salah satu kaedah rawatan kecantikan bagi mendapatkan kulit yang halus dan segar,” katanya seperti dilaporkan E! Online.

SGMS Faida