Selepas terkait dengan aksi mesra melibatkan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan aktres Intan Najuwa baru-baru ini, pelbagai persoalan timbul sehingga ada yang mengaitkan tentang ‘cerita lama’ penyanyi itu.
Justeru, enggan memanjangkan kontroversi terbabit, isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah tampil memberikan penjelasan mengenai pihaknya yang kelihatan berdiam diri selepas isu terbabit.
Menurut Bella, dia dan suaminya langsung tiada niat untuk melarikan diri dari memberi kenyataan mengenai perkara itu namun ketika ini tumpuan mereka lebih kepada anak-anak memandangkan keadaan kesihatan mereka tidak baik.
“Saya minta maaf, bukan tak nak bagi respon tapi anak-anak sedang dimasukkan ke hospital akibat demam panas. Jadi fokus kami kepada mereka dan tidak kepada isu ini,” katanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, tular sebuh video yang memperlihatkan aksi mesra antara Aliff Aziz dan Intan Najuwa sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Malah, ada yang tampil memberi peringatan supaya Aliff tidak mengulangi kesilapannya dahulu dan menjaga hati isterinya itu.
Bagaimanapun, isu tersebut akhirnya terjawab apabila Intan tampil memberikan respon dan memaklumkan ‘aksi mesra’ itu adalah untuk penggambaran drama terbaru mereka.
Sumber: Mstar