Hiburan By: Padin February 12, 2023 @ 5:25pm

Bukan Saja Hebat Di Arena Nasyid, Sukses Juga Dalam Kerjaya! 12 Tahun Bina Teknologi Tisu Badan, Dr Idzu (Saujana) Terima Anugerah Pencapaian MTDC

Anggota kumpulan nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin, 42, menerima pengiktirafan daripada agensi kerajaan, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) iaitu MTDC Symbiosis Company Award, baru-baru ini.

Idzu yang juga merupakan ahli perniagaan berkata, anugerah diterima berdasarkan pencapaian membangunkan teknologi penyelidikan perubatan menerusi empayar perniagaan dibina, Cell Tissue Technology Sdn Bhd sejak 12 tahun lalu.

“Anugerah ini membuatkan saya mengimbau kembali 12 tahun lalu sewatku saya bermula dengan dua kakitangan. Jadi, untuk berada pada tahap hari ini saya tetap bermula dari bawah. Ketika itu, di pejabat hanya ada satu bilik dan meja saja. Kami berkongsi pejabat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebab anak syarikat universiti berkenaan.

“Saya memang sangat baru dan masih lagi berusia dalam lingkungan 20-an. Saya dilantik oleh UKM untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat saya sekarang ini. Nak dijadikan cerita, ketika itu juga saya terpaksa memakai cermin mata supaya nampak lebih tua disebabkan ada yang menganggap saya sebagai pelajar praktikal atas faktor usia masih muda. Jadi, saya perlu memperlihatkan imej seperti itu supaya orang ramai lebih yakin dan boleh terima saya dengan jawatan CEO.

“Tapi hendak buat macam mana sebab saya diberi kepercayaan oleh UKM dan MTDC sebagai agensi kerajaan pada 2010. Saya redah saja dan alhamdulillah syarikat kami berjaya berkembang sampailah diberi penganugerahan oleh MTDC, baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, perjalanan dilalui bukan mudah apatah lagi dia memulakan kerjaya sebagai doktor perubatan.

Apa yang lebih membanggakan, Dr Idzu sudah memiliki wisma dan makmal bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) sendiri yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya daripada bidang perubatan hendak terjun bidang penyelidikan perubatan pun tak mudah dan sesuatu yang baharu bagi saya. Banyak juga cabaran dan perspektif baharu yang saya perlu belajar. Tetapi saya positif dan percaya bahawa ia adalah proses yang perlu dilalui untuk terus berkembang supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

“Berkat kesabaran, kami sudah ada wisma, makmal bertaraf GMP yang boleh menghasilkan produk berteknologi tinggi untuk kegunaan pesakit. Selain itu, kami ada bio-bank, klinik, pusat kecantikan dan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan tisu yang akan menjadi pusat tarikan dalam lima ke 10 tahun lagi. Ia bertujuan supaya Malaysia dapat menjadi hub kejuruteraan tisu dan perubatan regenerative,” katanya.

Dalam masa sama, syarikatnya juga baharu dinobatkan Millionaire Circle oleh Richworks bersama syarikat bumiputera yang mencapai jualan puluhan dan ratusan juta.

“Saya sudah 12 tahun mengemudi dan berada dalam bidang kejuruteraan tisu ini. Syarikat kami adalah yang pertama membuat bisnes sebegini dan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).

“Harapan saya selepas ini adalah untuk meneruskan misi membantu orang untuk lebih kekal sihat dan kelihatan lebih muda termasuk memastikan kesihatan mereka sewaktu masih muda. Selain itu, saya harap orang yang dibantu dalam bebas penyakit, hidup lebih lama dan memenuhi hasrat mereka.

“Saya juga akan muncul dengan konsert bertemu peminat dan insya-Allah, dapat lebih mendekatkan diri dengan peminat sekali gus mengintai peluang untuk membantu mereka. Dengan penganjuran konsert ini saya harap orang ramai lebih sedar mengenai apa yang saya lakukan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

‘Saya Tak Pernah Rebut Hak Orang’- Syahrini Jawab Dakwaan Netizen

Saya tidak mengambil suami orang dan dia single. Saya mengenalinya untuk beberapa bulan sahaja dan dia membuktikan perjuangan cintanya kepada saya.

Featured Thu, 14 Apr 2022

Hariz Danial Tak Sabar Bekerjasama Dengan Komposer Terkenal – “Peluang Terbaik Untuk Penyanyi BBNU”

Wah, menarik tu. Bukan calang-calang penyanyi boleh buat lagu dengan komposer hebat seperti Sharon Paul

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Amira Othman Tak Mahu Karya ‘Asal Boleh’

Kenapa agaknya Amira lama menyepi?

Trending Thu, 20 Jun 2019

毕业生收「泰国虾花」成全校焦点!同学围观想吃

毕业生收「泰国虾花」成全校焦点!同学围观想吃:有创意耶~

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

祖雄变身职业拳击手!为电影每天狂操8小时增肌减脂

Hero祖雄为了新电影《震撼擂台》拳击手角色,每天8小时的严格训练,希望能在荧幕上呈现给观众完美的肌肉线条。

Trending Fri, 7 Sep 2018

FB、IG爱PO健身照?研究:代表你心理有问题

运动风气盛行,去健身房锻炼身材,已经成为现代人日常生活一部分,但你有发现吗?有些人就很爱常常上传自己的健身照,从FB、IG等各种社群媒体都不放过,一项研究指出:这样的行为,代表心理有问题!

| Live TV