Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2022 @ 1:00pm

“Bukan Soal Hati Tisu, Tapi Soal Maruah…” – Ryzal Ibrahim Serius Bawa Individu Pertikai Soal DNA Anak Ke Mahkamah

Ryzal Ibrahim sebelum ini ada berkongsi tangkap layar komen yang menghina dan menyuruhnya melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) memandangkan iras wajah beliau dan anaknya tidak sama.

Malah, beliau juga menyifatkan komen yang dilemparkan itu sebagai fitnah keatas dirinya dan keluarga sehingga menggelar individu tidak bertanggungjawab itu sebagai ‘pondan pengecut’.

Melihat komen tersebut, rata-rata warganet berasa kurang senang dan bersetuju dengan tindakan yang bakal diambil oleh pempengaruh media sosial itu untuk menyaman individu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Inilah Pondan Pengecut Sebenar…” – Ryzal Ibrahim ‘ Durian Kimchi’ Mahu Saman Netizen, Sebar Fitnah Isu DNA Anak

Terbaharu, Ryzal dilihat berkongsi kenyataan yang mengulas tentang isu tersebut dan menegaskan bahawa apa yang berlaku perlu mendapat pengadilan dan pengajaran yang sewajarnya.

“Ini bukan soal hati tisu, ini soal maruah yang mendatangkan aib sekeluarga.

“Saya tidak ambil tindakan komen sebelum ini, saya maafkan namun kali ini dia cabar undang-undang,” katanya.

Menyifatkan ‘public figure’ bukanlah platform untuk netizen melepaskan tohmahan, Ryzal akui setiap manusia itu mempunyai maruah dan harga diri yang perlu dijaga dan dihormati.

“Public figure bukanlah platform untuk netizen melepaskan pelbagai tohmahan. Mereka punya maruah dan harga diri.

“Ketika saya buat silap, saya minta maaf dan saya bagi kerjasama kepada pihak polis dan bayar ganti rugi. Jadi, apa salahnya kita berikan sedikit pengajaran seperti yang saya lalui,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Apr 2021

Ismail Sabri Nafi KKM Manipulasi Data Covid-19, Amaran Buat Penyebar Berita Palsu

Semakin ketat syarat rentas negeri yang dikenakan kerajaan, semakin banyak timbul khabar angin yang tidak sahih berkaitan data Covid-19. Isu ini kemudian telah mendapat respon Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tegas […]

Featured Wed, 15 Mar 2023

“Masa Duduk Flat Adalah Momen Paling Bahagia Saya” – Nurul Shuhada

Ni lah orang kata, bila suami susah ada isteri yang sentiasa beri sokongan,tapi bila suami dah senang lupa segala-galanya😥 Paling tak boleh blah, ringan pula tangan hinggap kat pipi isteri😡

Featured Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Trending Wed, 17 Jun 2020

Lebih 21, 403 Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Terjual

Korang jangan lupa dapatkan juga k!

Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Selebriti Thu, 26 Oct 2023
error: Content is protected !!