Pelakon Fasha Sandha menafikan dia menolak untuk bergambar dengan salah seorang peminat dalam satu kejadian, baru-baru ini.
Akui Fasha dalam Instagramnya, dia hanya meminta peminat itu menunggu sebentar memandangkan dia perlu menguruskan anak-anak rakannya.
“Saya meminta peminat itu tunggu sebentar kerana saya sedang menguruskan anak-anak rakan saya, tetapi apabila saya mencarinya semula, dia sudah tidak ada. Saya turut bertanyakan kepada pembantu saya di mana peminat itu menghilang.
“Saya tidak menolak untuk bergambar, sebaliknya saya menyuruh dia tunggu sebentar hingga urusan saya selesai,” katanya.
Tambah Fasha, dia kecewa dengan dakwaan yang ditular di media sosial dan memoohon agar peminat lebih prihatin dengan situasi seseorang artis sebelum meminta untuk bergambar.
“Peminat harus peka sekiranya seorang artis itu sedang mengawasi anak-anak kecil. Leka kerana melayani peminat boleh menyebabkan anak hilang atau lebih buruk lagi diculik.
“Begitu juga jika artis sedang berurusan di bank atau mesin ATM. Meminta untuk bergambar ketika itu boleh menyebabkan berlaku kecurian atau keciciran kerana leka melayan peminat.
“Begitu juga jika artis terbabit sedang makan bersama keluarga atau rakannya. Ia adalah perbuatan yang tidak manis dan kurang baik,” tulisnya.
Fasha berkata, sebagai peminat yang sayangkan artis kegemaran mereka, sudah tentu faham akan keadaan atau situasi dinyatakan dan mereka harus belajar serta jadikannya pengajaran.
“Peminat setia saya faham dengan perkara ini. Mereka tahu saya sangat pentingkan kebajikan dan keselamatan anak-anak. Tidak kiralah anak sendiri, anak saudara, anak rakan ataupun anak peminat saya. Menjaga keselamatan dan kebajikan anak-anak bagi saya tiada kompromi,” katanya.
Fasha memaklumkan gambar yang disebarkan oleh salah seorang netizen itu dambil secara curi berserta tulisan memburuk-burukkan Fasha oleh peminat terbabit.
“Mengambil gambar curi, menyebarkannya serta menyatakan perkara tidak benar dan memfitnah adalah perkara sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.
Jumlah ini adalah hasil sumbangan peribadi individu bernama Aryan Farhan, orang perseorangan dan sebuah syarikat sebagai tanda penghargaan buat Dahlan yang mengabdikan diri dalam bidang seni sejak 1975.
Baggio atau nama sebenarnya Bahagia bin Daharun merupakan penyanyi utama kumpulan Damasutra yang begitu popular pada suatu ketika dahulu dengan lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. Baggio yang sudah 30 tahun berada di dalam industri muzik, […]
Jangan lupa terus saksikan konsert Mentor Otai setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau anda boleh saksikan siaran secara langsung menerusi siaran berdefinisi tinggi hanya di tonton. Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran masing-masing di portal rasmi kami di www.xtra.com.my
Perkara itu didedahkan selepas bekas pelakon Kanada, Jennifer Kobelt membuat laporan kepada pihak berkuasa New York mengenai eksperimen dilakukan Porter yang mengakibatkannya trauma.
#daiTV3 akan menampilkan kembali 10 orang bakal pendakwah nusantara yang akan tampil dengan isu dakwah terbaharu yang diberikan sebagai tugas mereka untuk minggu kedua ini.