Hiburan By: Del14 December 2, 2019 @ 4:42pm

“Bukannya Saya Mereput Di Rumah” – Izreen Azminda Belum Bersedia Untuk Kembali Berlakon

Mengakui dirinya kini lebih tenang dan bahagia, pelakon dan pengacara, Izreen Azminda Aznam tidak mahu terburu-buru untuk kembali ke dunia lakonan memandangkan anaknya dengan pemuzik, Ude Wahid baru berusia lima bulan. 

Izreen mengakui banyak ‘terlepas’ momen-momen sewaktu anaknya yang sulung, Muhammad Adrian Umur (5 tahun) dari perkahwinannya yang pertama, membesar.  Tidak mahu pisang berbuah dua kali, Izreen berkata dia akan kembali apabila dia sudah puas membesarkan anak dan jika mendapat karekter yang tidak stereotaip. 

“Tawaran berlakon tu memang ada, tapi saya belum bersedia nak bagi komitmen penuh. Saya nak luangkan lebih masa dengan anak-anak. 

“Lakonan terakhir saya adalah pada bulan puasa tahun lepas, selepas itu saya ambil keputusan untuk berehat. 

“Keadaan saya sekarang, Alhamdullillah sungguh membahagiakan. Semuanya semakin stabil, kehidupan berkeluarga juga tenang dan bahagia,” ujar Izreen kepada Xtra. 

Terdahulu, Izreen menimbulkan kontroversi apabila memilih untuk berkahwin dengan Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhamad Radzi Abdul Wahid (32) pada 8 Ogos 2017 yang pada masa itu berstatus suami orang. 

Izreen mengakui tindakannya itu memberi impak kepada kerjayanya apabila dikecam oleh netizen dan orang sekeliling, namun dia tidak pernah takut kerana percaya kepada rezeki. 

“Memang kontroversi itu ada memberi impak kepada perjalanan kerjaya saya, tapi saya percaya pada rezeki. Banyak pintu rezeki yang Allah buka untuk saya.

“Tak semestinya saya tak berlakon, saya duduk ‘mereput’ di rumah. Saya masih ada sumber pendapatan yang lain, kalau tak macam mana saya nak ‘hidup’ sebab saya masih ada komitmen-komitmen lain setiap bulan. Alhamdullillah semuanya cukup,” ujar Izreen lagi.

Izreen menjelaskan bahawa dia kini sedang mengusahakan perniagaan perhiasan dalaman milik keluarganya kerana itulah yang diaturkan oleh kedua ibu bapanya yang pada mulanya membantah cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon. 

Selepas perkahwinannya yang kontroversi, Izreen mengambil langkah untuk menutup ruangan komen di laman akaun media sosialnya kerana tidak mahu pengikut-pengikutnya berbalah di samping enggan membaca komen berbaur negatif dari netizen. 

“Saya lebih selesa menutup ruangan komen biar tak ada perbalahan, dan saya pun boleh hidup dengan tenang.

“Memang nak tak nak saya kena hadapi semuanya tetapi berkat sokongan keluarga, kawan-kawan terutama sekali suami, saya lebih tabah. Suami saya kata kalau saya tak kuat, dia pun tak kuat, jadi kami beri semangat dan sokong antara satu sama lain,” tambah pelakon Juvana ini lagi. 

Oleh: Fas

Kredit Foto: Fas

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022

“Jangan Cium, Minta Izin Sebelum Sentuh…” – Mira Filzah Tegas Lindungi Anak, Tetapkan SOP Di Majlis Aqiqah

Mak mana tak sayang anak, lagi lagi Amir pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ni kann. Bagus tindakan Mira dan Emir nii 🥰🤩

Kisah Viral Thu, 11 Aug 2022

“Minta Hadir Bila Surat Mahkamah Keluar” – PU Riz Bakal Saman Individu Fitnah Produk Inai?

Pu Riz tampil bersuara selepas seorang individu didakwa menfitnah produk inainya dan isteri, Neelofa.

Events Tue, 19 Mar 2019