Melaram Busana Pereka Fesyen Terkemuka Di Hari Bahagia, Afifah Nasir Dipuji Persis Puteri… Namun Ada Juga Yang Kritik

Umum mengetahui pelakon Afifah Nasir sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Syed Hariz di ibu negara, pada Ahad.

Dalam majlis ijab dan qabul yang penuh indah itu, Afifah menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta lima dulang hantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Mas Kahwin RM3,000… Afifah Nasir Sah Bergelar Isteri Kepada Syed Hariz 

Tampil anggun mengenakan persalinan serba putih, Afifah menyarung busana gaun rekaan oleh pereka fesyen tersohor asal Lubnan, Zuhair Murad.

Pastinya ramai yang bersetuju Afifah nampak jelita apatah lagi apabila mengenakan gaun labuh tersebut di hari bahagianya.

Apa yang menariknya, Zuhair Murad merupakan pereka fesyen yang sering didambakan ramai selebriti dan VIP Hollywood seperti Adele, Taylor Swift, Shakira, Katy Perry dan Priyanka Chopra.

Zuhair turut mereka busana perkahwinan diraja Brunei, Yang Mulia Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah yang berlangsung pada Januari lalu.

Manakala pada majlis resepsi pula, adik kepada aktres Anzalna itu mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal asal China, Yaralis Kothor.

Dalam persalinan mewah itu, Afifah mendapat pujian apabila rata-rata wargamaya menyifatkan busana pengantin perempuan persis seorang puteri.

Namun, disebalik pujian yang diberikan itu, ada juga yang meluahkan rasa kurang senang dengan busana-busana yang disarungkan Afifah pada hari bahagianya itu.

Ada yang beranggapan busana pada majlis pernikahan itu kurang sopan dan terlalu kebaratan.

Khairil Khusyairi