Hiburan By: SGMS Faida May 16, 2018 @ 5:06am

Cabaran Berpuasa Kali Ini Lebih Mencabar – Siti Nurhaliza

Sambutan Ramadan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin pastinya berbeza tahun ini. Dengan kehadiran cahaya mata, Siti Aafiyah Khalid pada 18 Mac lalu pastinya memberikan kelainan!

Maklum saja, ini merupakan pengalaman pertama penyanyi kelahiran Pahang ini berpuasa sebagai ibu dan perlu menyusukan anak.

“ Puasa tahun ini mungkin akan jadi lebih mencabar apabila saya menyusukan anak sepenuhnya. Namun, saya tidak risau kerana dalam Islam juga membenarkan ibu-ibu yang menyusu untuk berbuka jika memudaratkan anak,” katanya memberitahu jadual kerjanya masih belum sibuk seperti dahulu.

Dalam masa sama, Siti bersyukur kerana setakat ini bekalan susu badannya belum pernah berkurangan.

“Saya akan cuba setakat yang mampu. Jika bekalan susu tidak terganggu dan Aafiyah juga kenyang, rasanya tiada masalah untuk berpuasa seperti biasa.

“ Yang penting saya perlu ambil makanan berkhasiat untuk berpuasa dan menyusukan anak,” katanya.

Namun, sebagaimana rutin Ramadan terdahulu, Siti memang akan memperlahankan aktiviti seni dan fokus terhadap ibadah.

“ Biasanya kami akan berkumpul bersama keluarga untuk berbuka puasa di rumah, sebelum sama-sama menunaikan solat berjemaah dan bertarawih,” katanya.

Siti juga memberitahu beliau sudah menyiapkan sebuah lagu istimewa sempena Ramadan bertajuk Cinta Syurga duet bersama Khai Bahar dengan menggunakan melodi asal single sebelum ini, Comel Pipi Merah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Sep 2022

“Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Allahu, banyak yang terpendam dari kecil tu! Semoga Aqish dan ibu kuat dengan dugaan ini.

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Musly Ramlee, Liza Hanim Kongsi Pentas Sekali Lagi

Selain Musly dan Liza Hanim, penyanyi popular Aishah dan Rachel Guerzo Trio turut berkongsi pentas yang sama. Anda dah dapatkan tiket ke belum?

Featured Tue, 17 Aug 2021

“Kalau Disebut Dalam Al-Quran, Saya Akan Padam..”- Izara Aisyah Rela Padam Media Sosial Jika Haram

Pelakon, Izara Aishah yang kini sudah tampil berhijrah mengakui dirinya bersedia untuk memadam akaun media sosial jika hukumnya haram. Jelas Izara lagi dia secara sukarela bersedia untuk memadam akaun sosial medianya jika terdapat hukum mengenai

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

Comelnya Buah Hati Ketiga Khai-Rosma!

Syukur Alhamdulillah. Anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48 pm berat 2.8 kilogram.

#tilljannah Wed, 28 Dec 2022

Lawaknya Gelagat Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Masuk Air’ Menari Dangdut!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli sedang berada di sebuah restoran. Menerusi hantaran yang dimuat naik semula oleh pengguna @norzana1980 itu menunjukkan Aprena Manrose, sepupu

| Live TV