Cadang Ketua Strategi Peperangan Antara Selebriti, Azhar Sulaiman Dikritik Tak Matang… Dilabel Artis Gred C! -“Saya Hilang 400 Followers Sebab Terlalu Lantang Tentang Isu Perang”

Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman dikritik tidak matang serta dilabel artis gred C selepas memuat naik hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Azhar bertanya kepada pengikutnya di Instagram untuk memilih ketua dalam kalangan selebriti sekiranya terdapat peperangan ‘olok-olok’ dalam negara.

“Perang olok-olok. Kalaulah ada peperangan, you nak pilih siapa diantara kami untuk membuat strategy peperangan? Silalah buat undian anda,” tulisnya.

Antara selebriti yang tertera dalam pemilihan tersebut adalah Catriona Ross, Azhar Sulaiman Haters, Faizal Tahir, Sharnaaz Ahmad dan Behar (Azhar Sulaiman).

Sementara itu, ada individu yang meminta Azhar untuk berhenti memuat naik content seperti menambah minyak dalam api yang sedang membara.

Namun begitu, Azhar mempertahankan diri dengan berkata masih ada ramai pihak yang menghentamnya meskipun dia sudah cuba berdiam.

“Please la.. Time-time macam ni tak perlu nak buat isu macam ni… Sangat-sangat merepek,” tulis individu berkenaan.

“Saya dah diam, orang masih nak hentam saya. So kita pilih senang,” bidasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengkritik Azhar seolah-olah tidak menjaga sensitiviti terutamanya apabila membuat isu tersebut menjadi bahan gurauan.

Rata-rata netizen menegur aktor Budak Tebing 3 ini untuk berhenti membuat hantaran sedemikian, malah Azhar turut dilabel sebagai artis gred C.

Menerusi hantaran lain Azhar berkata dia kehilangan sebanyak 400 pengikut di aplikasi TikTok gara-gara lantang bersuara isu rakyat Palestin.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA kedua-dua perkongsian tersebut sudah dipadam di Instagram miliknya.

Sebelum ini, nama Azhar hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas mempersoalkan taktik kepimpinan Hamas.

Isu tersebut meraih pendapat pelakon Sharnaaz Ahmad yang membidas kenyataan Azhar di media sosial.

Artikel Berkaitan: Pertikai Strategi Perang Tentera Hamas, Sharnaaz Ahmad Bidas Azhar Sulaiman – “Kita Belum Tentu Mati Semulia Depa”

Artikel Berkaitan: “Lantak Kau Lah Bang! Aku Doa Kau Enjoy Dengan Perhatian Yang Kau Cari” – Puas Tegur Cara Baik, Sharnaaz Ahmad ‘Malas’ Layan Azhar Sulaiman Isu Palestin

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf Guna Bahasa ‘Kasar’, Sharnaaz Ahmad Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman – “Tak Nak Nampak Kurang Ajar”

Artikel Berkaitan: Tak Berbalah, Azhar Sulaiman Dah ‘Lali’ Dengan Perangai Sharnaaz Ahmad – “Rugi Rosakkan Persahabatan”

Aqilah Paharuzi