Featured By: Maya Basir November 10, 2022 @ 9:05am

Cakra Khan Pernah Jual Jam Tangan Untuk Bayar Gaji Pekerja

Penyanyi dari negara sebarang, Cakra Khan berkongsi cabaran yang dihadapinya sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia.

Menurutnya pada waktu itu, kebajikan pekerja menjadi keutamaan walaupun dirinya menghadapi masalah kewangan kerana tidak dapat melakukan aktiviti seni.

“Apa sahaja yang saya lakukan selalu akan ada orang yang bekerja untuk saya, di rumah dan karyawan saya juga. Saya tak nak mereka berhenti kerja kerana kasihan.

“Meskipun show saya tak sebanyak sebelum Covid-19 kerana sudah berpindah ke virtual, apa pun yang boleh saya jual, saya akan jual yang mana tidak penting contohnya seperti jam tangan,” jelasnya.

Kemudian, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membayar gaji pekerja dan karyawan kerana tidak mahu menjejaskan wang simpanan sendiri.

Selain jam tangan, sepanjang dua tahun berhadapan dengan pandemik, beberapa barang lain turut dijual olehnya.

Disoal tentang jam tangan yang sangat bernilai sehingga dapat membayar gaji pekerjanya, pelantun lagu Kekasih Bayangan ini hanya mengiakan.

“Ya Alhamdulillah,” katanya sambil tertawa.

Tambahnya, dia telah diajar oleh ibu bapanya untuk menyimpan wang sama ada di bank atau dalam bentuk emas untuk tidak ada penurunan dari segi nilai.

“Sebab dari dulu saya selalu dinasihati oleh ibu bapa saya kalau tidak simpan duit di bank, di emas. Oleh itu, saya keluarkan lagi,” ujarnya ketika ditemui di sidang media konsert Cakra Khan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 May 2018

Tahniah! Adira Hamil Anak Kedua

Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua. Cayalah, tahniah Datuk Red!

Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Ella, Hujan, Bunkface Hiburkan Peminat Di Konsert Haus Boom Music 2019

Harga jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone) dan boleh dibeli menerusi aplikasi TicketApps bermula 18 Oktober ini.

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Pelakon Elvina Mohamad Sah Bergelar Isteri Datuk Haniff Borhan

Akhirnya, perkenalan selama dua tahun akhirnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Alhamdulillah…

Trending Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Video Lucah Aiman Tino Viral, Syafiq Kyle Tampil Beri Nasihat

Sebelum melakukan perkara yang bercanggah dengan adat, agama fikirlah insan yang tersayang

error: Content is protected !!