Cantiknya! Betul Ke Zulin Aziz Kahwin Pagi Ini?

Jika anda mengikuti perkembangan Zulin Aziz di Instagram, pasti akan terkejut melihat bekas penyampai radio Suria FM dalam busana perkahwinan, pagi ini.

Menerusi laman Instagramnya, Zulin turut berterima kasih kepada jurumekap kesayangannya, @maszmirza kerana bersabar dan menghasilkan solekan yang sempurna.

Namun begitu, selang beberapa jam selepas itu, Zulin memuatnaik kapsyen beserta gambar dengan kapsyen ‘Mana ada orang kahwin hari Selasa?’. Fuh… bikin nervous je Zulin ni tau!

Difahamkan Zulin kini sedang menjalani penggambaran video klip bertajuk Dan Ketika Itu di Sangkot Place, Hulu Langat.

“ Lagu itu sepatutnya untuk majlis nikah yang berlangsung baru-baru ini tetapi dibatalkan.

“ Ia bukan gimik kerana lagu ini sudah lama siap dan patut dinyanyikan pada hari bahagia saya.

“ Disebabkan perkahwinan dibatalkan, saya ambil keputusan untuk hasilkan muzik video,” katanya.

Biarpun sedih, Zulin tidak mahu menoleh belakang lagi dan redha dengan setiap kejadian.

Tambahnya, video klip ini boleh ditonton di saluran YouTube bermula 3 November ini.

Untuk anda yang patah hati dan mahu belajar move on, boleh layan single Dan Ketika Itu ni nanti okay? Good Luck, Zulin! 

SGMS Faida