Caprice Cadang Perlawanan Tinju Sambil Beramal Antara Selebriti, Farid Kamil Beri Kata Setuju

Baru-baru ini, pelakon Farid Kamil membuat pendedahan bahawa isterinya, Diana Danielle masih trauma dipukul dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2005.

Tidak mahu mengulas lebih lanjut, penyanyi rap Caprice memberi cadangan untuk membuat satu pertandingan tinju antara selebriti sambil beramal.

Pada masa sama, dia ingin menjadikan perkara tersebut satu realiti.

“Kalau anda nak tengok perlawanan ini jadi kenyataan, beritahu saya. Komen di bawah siapa yang akan menang,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, Farid tampil memberi sokongan terhadap cadangan yang diusul oleh Caprice tersebut.

“Lovely.. Beautiful… Insya-Allah.. Sila jalankan,” kata Farid.

Kemudian, Caprice turut membalas komen Farid.

“Farid Kamil kata jalan! Nanti Cap roger big bro bila dapat hubungi pihak sana,” tulisnya.

Maya Basir