Featured By: Aqilah Paharuzi October 14, 2022 @ 5:02pm

Caprice ‘Koyak’ PU Syed Tegur Urus Aurat Bini, Netizen Kecam Minta Jangan Sibuk- “Kan Dah Makan Diri! Sibuk Sangat Pasal..”

Nama penyanyi rap terkenal, Caprice kecoh di seluruh media sosial hari ini selepas tampil mengenai mangsa gangguan seksual pendakwah selebriti, PU Azman.

Susulan itu, rakan pendakwah kepada PU Azman, PU Syed meluahkan pendapat peribadinya yang tidak bersetuju dengan cara Caprice yang dikatakan seperti menyebar aib pendakwah selebriti itu.

Menerusi konteks sama, PU Syed menyarankan Caprice untuk menjaga aurat isterinya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan orang lain.

“Pelik juga bila kes yang telah disiasat dan sedang dibicarakan di mahkamah namun masih wujud puak-puak yang lama tak puas hati dengan ambe ni.. Untuk desak ambe ulas isu PU Azman.

“Bahkan sekarang Caprice juga semakin rancak dok up ‘siasatan sendiri’ dengan mengatakan ada ‘mangsa’ yang mengadu sendiri kepadanya… Untuk selingan, buat Caprice urus aurat isteri dahulu.. baru layak jadi Tiger of Al Quds!,” tulisnya.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bagaimanapun tersentap serta membidas teguran PU Syed yang dianggap melampau kerana membabitkan aurat isterinya dalam kes gangguan seksual PU Azman.

“Nak main-main petik family yang tak ada kaitan ke PU Syed? Are you sure you want to go down this road with me? Cap bagi hang 24 jam, untuk buat permohonan maaf secara tebuka sebab tiba-tiba nak kait bini Caprice dengan kes jenayah seorang PU.

“Apa kaitan? Kenapa nak tiba-tiba petik? Jangan sampai Cap bongkar rahsia PU. Tak ada kaitan, jangan start.

“MasyaAllah PU. Cap sangat-sangat terharu dengan cara PU. Gentleman. Islamic,” katanya yang berkongsi tangkapan skrin perbualan PU Syed dipercayai bersama seorang wanita.

   

Namun begitu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Caprice ada memuat naik tangkap skrin PU Syed.

Dan rata-rata netizen sebaliknya menghentam penyanyi rap itu kerana tidak dapat menerima teguran.

Malah, segelintir netizen bersetuju dengan pendapat PU Syed dan berpendapat bahawa, perjuangan Caprice yang mahu membongkar kebenaran akhirnya ‘memakan diri’ nya sendiri.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA diruangan komen berkenaan, rata-rata netizen menganggap isu tersebut tiada kaitan dengan kes gangguan seksual PU Azman dan menyifatkan Caprice sengaja mahu mencampuri urusan pihak berkuasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 10 Jul 2018

Wow! Tun M Kongsi Rahsia Gaji Selama 29 Tahun

Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan.

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Trending Fri, 21 Aug 2020

Netizen Takut Wujud Kluster Langkawi, Gara-Gara Lelaki Gelang Pink Ini

Semoga lelaki gelang pink ini terus patuh SOP

Hiburan Sun, 2 Oct 2022
Featured Tue, 21 Jun 2022

Gara-Gara Tegur Aurat Allahyarham Adibah Noor, PU Riz Dikecam Siti Kasim – “Shut The F**k Up!

PU Riz menegur untuk kebaikan sesama muslim, lagipun dia menegur dengan cara yang baik 😊

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Tue, 30 Aug 2022

Tular Foto Nampak L*rah, Netizen Dakwa Eyka Farhana Makin Berani

Uishhh, lain betul penampilan Eyka Farhana ni ek? Orang kata memang berani mati lah sampai dedah…..🤭