Caprice Perli Cyber Troopers, Minta Jangan ‘Galak’ Serang Sosial Media -“Tahu Anda Perlukan Duit, Tapi Skill Tu Polish Lagi”

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice bertindak menegur segelintir ‘cyber troopers’ yang dilihat cuba untuk menyerangnya dengan menghasilkan pelbagai bentuk poster beserta ayat kecaman berbunyi ‘Caprice Pakatan Jahat Tidak Akan Diredhai Allah’ dan ‘Attention Seeker Undur Diri?Apa Sudah Jadi?’.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Caprice menunjukkan beberapa tangkap layar berupa poster yang direka bentuk oleh individu terbabit.

Namun, tidak melatah dengan tindakan ‘cyber troopers’ tersebut, Caprice bagaimanapun menegur pihak terlibat agar tidak goyah dengan isu tular membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini masih dalam siasatan.

“Salam boss, jangan nampak goyang sangat sampai nak upah cyber troppers dan design poster bagai. Relaks! Cuba lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice turut menunjukkan beberapa bukti berupa laporan akhbar yang menunjukkan kes gangguan seksual melibatkan pendakwag sensasi itu.

“Cap tak ada bajet nak upah cyber tropers untuk design poster dan serang sosial media, tetapi ni bukan poster tapi ni real artikel. 

“Uish, banyak juga news. Sorry geng ni pun bukan poster (laporan Ebit Lew didakwa hantar gambar, perkataan lucah aib wanita),” jelasnya.

 

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Caprice kelihatan mengucapkan terima kasih di atas ‘kerja keras’ yang ditunjukkan oleh pihak terbabit sekaligus memohon agar pereka bentuk (designer) yang menghasilkan poster tersebut supaya mengasah lagi bakat mereka dalam kemahiran mereka bentuk.

“Tapi kepada designers dan cyber troopers dekat luar sana, i just want to say ‘You are welcome’.

“Cap gembira bila dapat secara indirect, bantu orang Melayu kita dapat incomeextra walaupun design poster tak berapa lawa.

“Saya tahu anda smeua perlukan duit, tapi tolonglah  polish up a bit on your design skills,” ujarnya.

Salma Syahbuddin