Featured By: Maya Basir May 16, 2022 @ 5:43pm

Catat Memori Manis, DFP Raikan Hari Raya Dengan 3 Suara Emas di Konsert Cahaya Aidilfitri

Konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan yang berlangsung pada Sabtu lalu di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) adalah satu penghormatan kepada komposer lagenda Malaysia, S. Atan.

Sebagai seorang penulis lirik, komposer muzik dan penerbit album, S. Atan atau nama sebenar Hashim Said telah menghasilkan lebih daripada 1,000 lagu-lagu popular sepanjang kerjayanya.

Dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose, konsert bertemakan Aidilfitri yang julung kali diadakan menyaksikan kebolehan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) mempersembahkan muzik pelbagai genre.

Konsert ini juga menjadi tanda mula untuk DFP kembali beraksi menyajikan kombinasi susunan muzik bertaraf dunia serta paduan vokal mantap di pentas berprestij selepas dua tahun dilanda Covid-19.

Konsert ini mengangkat melodi terbaik ciptaan S. Atan yang sentiasa malar segar ke satu tahap muzik yang lebih tinggi.

Penampilan tiga penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz yang mempersembahkan lagu-lagu Aidilfitri popular ciptaan S. Atan iaitu Cahaya Aidilfitri, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Joget Hari Raya, Salam Aidilfitri dan banyak lagi menyerikan malam konsert.

Azlina kelihatan sangat santai berinteraksi dengan penonton namun Jay Jay mengakui bahawa dia sangat gementar pada malam itu.

Selain itu, Jamal membawakan penampilan berbeza dengan mengenakan suit lengkap manakala yang lain menggayakan baju raya masing-masing.

Di dalam konsert ini, Azlina turut bergandingan bersama Jay Jay dan Jamal dengan lagu Inang Aidilfitri serta Joget Hari Raya.


Persembahan hebat dari ketiga-tiga suara emas serta iringan muzik orkestra ini memeriahkan lagi suasana di DFP.

Terpukau dan kagum dengan persembahan orkestra tersebut, penonton beramai-ramai mula bernyanyi apabila melodi dari lagu Balik Kampung dialunkan.

Merupakan kali pertama DFP mengangkat karya lagu raya, pastinya konsert ini menjadi sebuah catatan memori manis di hati penonton.

Antara yang hadir ke konsert ini adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, penyanyi Datuk M. Nasir dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Elon Musk Prank Peminat MU, Trend Makan Tiram Mentah Harga Murah & Netizen Tak Setuju Syamsul Yusof Jadi Pengarah Mahsuri?

Peminat MU jangan kecewa ya kena scam dengan Elon Musk. Alamak, beraninya makan tiram mentah RM6 je! Eh, kenapa netizen tak setuju tu? Katanya air tangan Kabir Bhatia lagi mantap? Ini Tiga topik menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

Hiburan Sun, 10 Feb 2019
Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Dikecam Berniaga, Zara Zya Sedih Dihentam Netizen?

Kenapa nak dengki dengan Zara pula ni?

Trending Thu, 29 Nov 2018

Boy Genius Says Malaysian Education System is Too Restrictive

He’s a renowned teacher and lecturer but he doesn’t even have an SPM certificate or equivalent.

Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

Hiburan Tue, 21 May 2019

《声林之王2》马来西亚海选落幕!22岁李艾薇出征台湾

《声林之王 2》马来西亚海选圆满落幕!现年22岁来自吉隆坡的李艾薇在终极决斗中成功击败对手,成为大马之「虎」代表马来西亚出征到台湾参与国际比拼。

Hiburan Fri, 13 Oct 2023