Hiburan By: SGMS Fas April 16, 2018 @ 3:02pm

Catriona Ross ‘Bercerai’ Dua Kali?

Sudah dua kali khabarnya pelakon Catriona Ross, 37, diberitakan sudah bercerai dengan suaminya, Shaharudin Mohtarudin.

 Apa motif pihak penyampai wallahualam!

Nampak gayanya semakin ramai ‘makcik bawang’ wujud dewasa ini apatah lagi pada era sosial media sekarang, mudah sahaja untuk memuat naik cerita negatif.

“Saya tidak tahu dari mana pihak terbabit dapat cerita kami sudah bercerai,” kata  pemilik nama penuh Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross kepada Harian Metro.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini bagaimana pun tidak cepat melatah malah menganggap gosip sedemikian mungkin disebarkan oleh pihak yang sakit hati melihat kebahagian rumah tangga yang dibina.

“Saya tidak cepat melatah dengan gosip sedemikian kerana ia tidak benar dan kami lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga,” ujar beliau yang sedar tidak semua orang suka melihatnya kembali aktif dalam bidang seni.

Menurut Catriona, jika benar dakwaan tersebut sudah tentu dia tidak akan keluar rumah dan menghadiri pelbagai majlis.

“Lebih baik saya berkurung di rumah saja,” tambah pelakon kelahiran Kelantan ini.

Jadi korang jangan terus percaya dengan gosip ya jika ia tidak diucapkan sendiri oleh tuan empunya badan. Catriona dan suami masih bersama dan bahagia malah baharu sahaja pulang dari percutian di Hong Kong pada penghujung Februari lalu.

Catriona berkahwin dengan Shaharuddin, 38, pada 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata  iaitu Sephia Rania, 7, Jamal Raess, 5, dan Edruce Riyadh, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 26 Sep 2018
Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Emma Maembong Nikah Kerabat Diraja?

Sejak minggu lalu, hangat diperkatan mengenai gosip konnnya Emma Maembong bakal mendirikan rumah tangga tahun ini. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan, Emma berkata gosip bakal berkahwin itu adalah satu doa buat dirinya. Sumber mengatakan bakal suami pelakon cantik

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Bergantung Dengan Ubat Tahan Sakit, Aaron Aziz Rela Sakit Demi Yuran Pengajian Anak

Allahu, moga proses pembedahan nanti berjalan lancar! Sama-sama kita doakan ye

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Datuk Siti Nurhaliza On The Cover Of Malaysia Tatler

This is such a great start of the year for Malaysia’s legendary superstar.

Featured Thu, 16 Jun 2022

Habiskan RM10,000 Untuk Makan ‘Steak’ Mewah, Aeril Zafrel Didakwa ‘Show Off’

Pelakon dan usahawan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini sedang bercuti di Kota London bersama rakan-rakan lain, termasuklah rakan selebriti seperti Mawar Rashid dan Raf Yaakob. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian video

Hiburan Sat, 25 May 2019

| Live TV