Featured By: Aqilah Paharuzi March 23, 2023 @ 4:27pm

Cedera Parah Akibat Ditumbuk, Nurul Shuhada Dedah Sebab Tak Lagi Pakai Pendakap Gigi

Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sebelum ini memuat naik sebuah foto di Instagram miliknya telah memakai pendakap gigi (braces) selepas tular mengenai kemelut rumah tangganya bersama pelakon itu.

Terkini, menerusi satu hantaran di Instagram, terdapat individu yang mempersoalkan mengenai pendakap giginya itu selepas Shuhada kerap memuat naik foto tanpa memakainya.

“Cuma nak tanya, Shu pakai braces ke tak sebenarnya? Ke yang pakai braces gambar lama?,” soal individu berkenaan.

Menurut Shu, kecederaan yang dialaminya selepas ditumbuk oleh suaminya, Hafidz Roshdi membuatkan dirinya cedera jenis oral dan maksilofasioal.

“Atas sebab tertentu kena buka braces. Kecederaan saya merujuk kepada bahagian bedah mulut dan maksilofasial,” jawabnya.

Memetik maksud kecederaan tersebut menerusi portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (MyHEALTH), kecederaan Shuhada merujuk di kawasan mulut dan rahang iaitu merangkui di bahagian kawasan bertulang atau struktur daging (isi muka).

Ibu anak dua sebelum ini memuat naik foto wajahnya berdarah dan pipi terkoyak dek ditumbuk Hafidz sebanyak tiga kali ketika mereka berjumpa untuk berbincang.


Menurut portal MyHealth, kecederaan tersebut boleh menyebabkan si mangsa sukar bernafas, bercakap dan makan.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 9 Mei depan sebagai sebutan semula kes cerai pasangan berkenaan.

Ia ekoran,Hafidz didakwa telah melafazkan cerai lebih awal melalui mesej di aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz sah bercerai talak satu dengan kakaknya pada 22 Februari lalu yang mana lafaz ketika itu dibuat menerusi panggilan telefon.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Untuk rekod, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi , 29, dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Isu Lafaz Cerai Lebih Awal, Kes Hafidz Roshdi – Nurul Shuhada Ditangguh Ke 9 Mei

Sumber: Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (MyHEALTH)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Mar 2021
familuv Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Momen Jaga Anak Di Hospital, Ramai Doakan Anak Hanis Zalikha Cepat Sembuh

Pengacara dan pelakon Hanis Zalikha memuat naik video berkongsi momen bersama anaknya, Alisa Aisyah di hospital, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Hanis menjaga Alisa dan berada di sisinya sepanjang berada di hospital. Malah, suami Hanis, […]

Trending Mon, 6 Jan 2020
Trending Thu, 4 Jul 2019

Making Cendol the new Boba?

Twitter users debates whether the nation’s well-loved dessert should replace the boba trend.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Sat, 16 Dec 2023
Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Fri, 9 Aug 2019

林德荣拍拳击戏直呼没减重压力!唯对尹汇雰一见钟情剧情:“要加价!”

林德荣主演的喜剧电影《作战啦!茶室总动员》拍拳击戏没有减重压力,且导演更是希望他可以增重;唯戏中他要对尹汇雰一见钟情,甚至还要成为夫妻却相当不满,直呼:“因为这一段我要求加价,片酬不高不可以!”