Penyanyi hip hop terkenal, Altimet menggalakkan orang ramai yang mengalami kesempitan hidup untuk berani tampil ke hadapan dan terus mengibarkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan.
Altimet menggunakan platform Instagramnya untuk terus menggalakkan orang ramai agar tidak takut dan malu untuk meminta bantuan.
Difahamkan, Altimet bersama rakannya menjalankan rondaan kawasan sekitar Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Keramat dan Gombak sekitar jam 2 hingga 6 petang untuk memberi bantuan berupa barangan dapur kepada yang memerluakan.
“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau depan rumah untuk yang memerlukan. Tidak perlu malu, kami tak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan upload. Kamu jiran-jiran kami, celakalah kami kalau tak tolong jiran sendiri,” tulisnya.
Dalam pada itu, beliau juga sempat memberitahu bahawa aktiviti tersebut tidaj akan melibatkan sebarang publisiti seperti mengambil gambar keluarga yang diberi bantuan.