Categories: HiburanTrending

Cepat Penat, Mahu Sentiasa Baring, Azharina Dihantui Penyakit Misteri

Penyanyi Azharina Azhar tampil memberitahu dirinya sedang berdepan dengan satu penyakit misteri sejak September lalu.

Biarpun masalah kesihatan masih mengganggu, Azharina tetap memberikan persembahan yang sehabis baik dalam All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Menurut Azharina, penyakit misteri tersebut mengakibatkan dirinya cepat penat, mudah diserang kemurungan dan malas bergerak. Dia mahu sentisa baring sahaja tanpa berbuat apa-apa.

“Penyakit ini memberi kesan buat stamina dan jadi cepat penat. Ada hari datang masalah kemurungan.

“Kadang sentiasa mahu baring dan paksa diri untuk bangun makan dan sebagainya,” katanya.

Memetik Kosmo, bimbang penyakit ini akan lebih memudaratkan, Azharina menyertai kelas sukan lasak seperti tomoi muay thai dan tinju untuk mengembalikan stamina.

Bertanya lanjut mengenai penyakitnya itu, Azharina memilih untuk merahsiakan buat sementara waktu sehingga tiba waktu yang sesuai untuk didedahkan kepada umum.

 

“Ada perkara boleh cakap dan ada sakit yang tidak boleh saya kongsikan. Saya akan beritahu apabila tiba masanya,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Syamir Shafie