Cik Ani Sedang Tenat, Serina Redzuawan Mohon Peminat Titipkan Doa & Al-Fatihah Buat Nenek

Pelakon Serina Redzuawan memohon agar peminatnya menitipkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat neneknya, Noraini Abdullah yang kini sedang tenat melawan penyakit kanser.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Serina telah memuat naik sebuah video ulang tayang gambar mereka bersama neneknya yang lebih mesra disapa sebagai Cik Ani.

“Assalamualaikum semua minta jasa baik bantu Nenek Serina Cik Ani Sayang, hadiahkan Al Fatihah dan Yasin untuk nenek mudahkan urusan dia sedang tenat di Hospital Kanser tahap 4 dah merebak.

“Moga Allah mudahkan urusan & perjalanan nenek ku, beri kekuatan buat papa Chef Wan & seluruh keluarga kami yang dalam kesedihan. We ❤ You so much Nenek. 😭 Al Fatihah Hajah Noraini Binti Abdullah,” tulisnya.

@serinaredzuawanAssalamualaikum semua minta jasa baik bantu Nenek Serina Cik Ani Sayang, hadiahkan Al Fatihah dan Yasin untuk nenek mudahkan urusan dia sedang tenat di Hospital Kanser tahap 4 dah merebak. Moga Allah mudahkan urusan & perjalanan nenek ku, beri kekuatan buat papa Chef Wan & seluruh keluarga kami yang dalam kesedihan. We ❤ You so much Nenek. 😭 Al Fatihah Hajah Noraini Binti Abdullah♬ original sound – 🅱 ❷_🆂_🅔🅓🅘🅣🅢

Hasil tinjauan XTRA, bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan juga sempat membuat bacaan Yasin bersama ahli keluarga terdekat buat Cik Ani menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan Cik Ani dan berharap agar segala urusan dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selepas Doktor Pergi, Saya Menangis Sendirian…” – Alami Kegagalan Fungsi Hati, Chef Wan Kongsi Keadaan Terkini Ibu

Fatin Nurain