Featured By: Aqilah Paharuzi May 31, 2022 @ 3:10pm

“Cikgu Shafi Antara Guru Vokal Yang Perbaiki Kekurangan Saya Dalam Nyanyian” – ‘Akur’ Single Pertama Razzuan Rosli

Perjalanan karier dalam industri hiburan tanah air buat penyanyi baharu, Razzuan Rosli bukanlah mudah.

Malah, beliau bermula sebagai seorang pelakon dan pernah menyertai program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2019.

Razzuan yang aktif dalam bidang lakonan kini turut berjinak-jinak dan mula mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian menerusi lagu ‘Akur’ terbitan Universal Music Malaysia hasil ciptaan Shah, Tam Cobain, Sin Syim dan lirik oleh Sulu Sarawak.

     

Razzuan ketika ditemui media berkata, lagu Akur telahpun dirakam pada 2020, namun begitu pelancarannya ditunda tiga kali ekoran situasi semasa dalam negara yang dilanda pandemik COVID-19.

Razzuan bagaimanapun bersyukur pelancaran lagunya ditunda kerana dapat mengambil peluang itu untuk menggilap vokalnya bersama beberapa guru-guru vokal terkenal sepertri Mark Adam, Cikgu Yana, Cikgu Afifi, dan yang paling terbaru, Cikgu Shafi.

Berkongsi mengenai pengalaman berkenaan, Razzuan berkata Cikgu Shafi adalah antara guru vokal yang banyak membantunya sehingga dia berjaya mengeluarkan single pertama.

“Cikgu Shafi adalah guru vokal saya yang paling latest. Dia compose kan keseluruhan ilmu dan diagnosed apa yang kurang pada saya.

“Dia beri knowledge pada yang saya perlu dalam bidang nyanyian untuk memberi yang terbaik dalam lagu Akur ini.

“Tapi, saya berterima kasih kepada semua cikgu vokal saya yang banyak memberi pengajaran kepada saya untuk mahir dalam bidang ini, namun saya akui masih banyak saya perlu belajar lagi,” katanya.

Berkongsi mengenai cerita disebalik lagu ini , Razzuan menjelaskan bahawa ia adalah berkisarkan tentang, bagaimana pasangan kekasih terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat dalam perhubungan mereka.

“Lagu ini mengisahkan mengenai kisah cinta dan perhubungan yang putus di tengah jalan. Jika mengikut jalan cerita lagu ini, si wanita meninggalkan kekasihnya kerana nak sambung belajar. Lelaki itu terpaksa terima dan akur keputusan dibuat.

“Wanita itu juga akur terpaksa tinggalkan kekasih demi sambung belajar dan masa depan. Lagu ini kena pada sesiapa saja yang melalui situasi di mana terpaksa akur dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Akur sudah tersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala MV pula boleh ditonton di saluran YouTube Razzuan Rosli bermula 28 Mei.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 17 Nov 2018

Pemancing Teruja Dapat Ikan, Tapi Rupanya…

Tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi bertindak mengeluarkan mangsa di dasar sedalam satu meter dengan menggunakan tali.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

AfroJr and J.M3’s ‘Friendzone’ EP is All About Self Love

Two singers from different genres united with a meaningful tracklist.

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Trending Sun, 28 Jan 2018

Syarikat Kilang Makanan Jual Laksa Ada Asid Benzoik

‘Laksa Pendek’ yang didapati menggunakan asid benzoik boleh menyebabkan alahan atau radang serta penyakit kanser jika dimakan dalam tempoh masa panjang.

Trending Wed, 28 Nov 2018

Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana Dibuka Kepada Orang Awam

Kompleks itu beroperasi pada setiap hari termasuk cuti sekolah, kecuali Jumaat dan hari kelepasan am ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

UQASHA POST GAMBAR EDIT, MOTIF?

Uqasha sekali lagi dikecam kerana dikatakan telah mengedit gambarnya sebelum memuat naik di laman instagram beliau.

Featured Fri, 16 Apr 2021

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Penyebab Kluster Baru

Semakin hari kes semakin meningkat..

Trending Sat, 28 Sep 2019
error: Content is protected !!