Hiburan By: Padin March 23, 2022 @ 5:48am

Cinta Berat Sebelah Dalam ‘Biar’ Nyanyian Qiff

Penyanyi baharu, Qiff atau nama sebenarnya Thaqif Idlan, 22, kini muncul dengan single berjudul Biar.

Qiff mula mencipta nama sebagai selebriti Instagram dan mula dikenali selepas kerap memuat naik video nyanyian ‘cover version’ sebelum dilamar menjadi artis Sony Music Malaysia.

Berkongsi mengenai lagu Biar, Qiff percaya ia merupakan ungkapan penuh sayu seseorang yang mengharap cintanya mendapat keadilan.

Pernah mengalami sendiri rasa itu, lagu itu bukanlah diinspirasikan daripada kisah peribadinya.

“Lagu ini mengisahkan percintaan yang berat sebelah di mana lelaki itu berusaha untuk mempertahan hubungan dengan kekasihnya. Meskipun dia dicurangi dan dilukai, dia berharap masih ada sinar untuk mereka perbaiki hubungan.

“Bagaimanapun, mesej sebenar ingin disampaikan dalam Biar adalah kita tidak boleh terlalu berharap kepada seseorang yang belum tentu jadi milik kita. Lagu ini tiada kaitan dengan diri saya tapi jujur saya faham rasanya kerana pernah alami juga suatu ketika dulu,” katanya.

Lagu Biar menampilan melodi yang cukup mempesona dan bertepatan dengan halwa telinga pendengar terkini. Rentaknya yang segar menjadikan lagu itu pastinya mudah mesra dan jadi siulan.

Menurut Qiff, dia sendiri terus jatuh cinta dengan keseluruhan lagu ciptaan Mas Dewangga dan Shaqiel Naufal sewaktu pertama kali mendengarnya. Dia terpana dengan konsepnya yang begitu tepat dengan jiwanya.

“Terus-terang, lagu ini adalah antara karya yang saya paling gemari pernah saya dengar setakat ini. Genre pop sentiasa dekat dengan jiwa saya dan melodi lagu ini juga begitu terkini serta iramanya istimewa,” katanya.

Apapun, Qiff paling bersyukur apabila lagu kali ini adalah kerjasama sulungnya bersama Mas Dewangga dan Shaqiel Naufal. Baginya, dapat peluang bekerja dengan komposer berbeza meluaskan lagi perspektifnya mengenai muzik.

“Mereka sangat professional dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang masih baharu dalam bidang muzik. Sekali gus, saya dapat menyerap ilmu baharu untuk jadikan panduan meningkatkan keupayaan saya sebagai penghibur.

“Seperkara yang saya sangat syukuri adalah mereka terbuka untuk menerima pendapat saya juga. Lagu ni sepenuhnya dihasilkan oleh mereka saya cuma dari membantu ubah serba sedikit dari segi lirik,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Bahagia! Hasrat Abby Abadi Akhirnya Tercapai

Hasrat Abby Abadi untuk mengambil anak angkat bayi lelaki dimakbulkan dengan sekelip sahaja. Syukur ke hadrat ilahi.

Trending Thu, 15 Oct 2020

Rakyat Malaysia Dijangka Boleh Tunai Umrah Mulai Januari 2021-PAPUH

Semoga kita dimurahkan rezeki untuk menjadi tetamu Allah..

Featured Wed, 12 Jan 2022

Cucu Menangis Enggan Berpisah Dengan Datuk Setelah Dua Tahun Terpisah Akibat PKP

Ketika negara kita dilanda Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak keluarga yang terpisah dan hanya dapat bersatu semula selepas kebenaran rentas negeri dilonggarkan. Tidak ketinggalan, keluarga ini juga terpisah dengan datuk dan nenek di kampung selama

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Agihan Royalti Belum Selesai, Karyawan Rayu Kerajaan Bantu

Karyawan, katanya, mencadangkan agar kerajaan baharu campur tangan dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menentukan artis memperoleh royalti yang menjadi hak mereka.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Trending Thu, 25 May 2023
Featured Wed, 27 Apr 2022

| Live TV

error: Content is protected !!