Hiburan By: SGMS Fas February 14, 2018 @ 5:09am

‘CINTA PALSU’ MAZUIN HAMZAH?

Sudah berabad rasanya tidak mendengar khabar berita bekas penyanyi  kumpulan adik beradik, Quinary M ini.

Tiba-tiba usahawan kosmetik yang glam. Dato Seri Vida memuat naik video dalam instagramnya bersama  Mazuin yang pernah bergelar ‘Pengiran Bini Mazuin Hamzah’.

Jika tidak disebut namanya pasti ramai yang tak perasan itu adalah bekas isteri Pengiran Muda Jefri Bolkiah.

Dulu wajahnya persis sepupunya, Amy Mastura tetapi kini nampak lain sedikit malah Amy pula sekarang masih kekal  sama wajah Mazuin dahulu.

Pendekata,  pelakon Norman Hakim pun menulis “lainnya” waima Erma Fatima pula komen ‘Wow! makin cantik”.

Melalui pertemuan yang tidak pula disebut lokasi mahu pun majlis apa, penampilan Mazuin sudah tentu mengubati kerinduan peminatnya selama ini.

Mendapat lebih dari 119k tontonan, DS Vida turut memuat naik beberapa keping  gambar lagi yang memperlihatkan wajah putera ketiga Mazuin, Pengiran Khaleed, 23 tahun.

Menunaikan permintaan Vida, Mazuin sempat menyanyi serangkap lagu ‘Cinta Palsu’. Ramai netizen yang menonton memuji suaranya masih merdu dan menganggap kemunculan Mazuin pengubat rindu mereka selama ini.

Mungkin kah selepas ini akan kelihatan lebih banyak update berhubung  bekas pemain drum Quinary M ini yang  setelah sekian lama  menyepi daripada dunia seni sejak perkahwinannya pada tahun 1987 sehingga menetap di Brunei Darussalam?

Selain itu, barangkali secara kebetulan, catatan hidup Mazuin  ada signifikannya dengan lirik lagu Penjara Cinta  karya Seri Bayu, nyanyiannya sebelum berkahwin.

Mazuin bercerai dengan adinda Sultan Brunei itu selepas 17 tahun hidup bersama dan kini kembali bergelar Hajah Mazuin Hamzah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

FARID KAMIL DIREMAN 4 HARI, BANTU SIASATAN

Berikutan kes Farid Kamil yang telah menampar seorang anggota polis dan memukul dua orang awam semalam, Pelakon dan Pengarah Farid Kamil direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kak Iti Doakan…” – Hantaran Fara Fauzana Buat Anuar Zain Sweet Sungguh! Rakan Selebriti Doakan Berjodoh

Alolo sweetnya Fafau dengan Anuar Zain 🥰🥰 Siti Nurhaliza pun doa agar mereka berjodoh ☺️ Heheee ☺️

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Tak Kisah Kalau Radio Tak Main Lagu Saya, Janji…

Jujurnya, saya tak kisah apakah mereka (stesen radio) mahu putar atau tidak lagu saya. Bukan merajuk tapi…

Featured Wed, 6 Oct 2021
Hiburan Sat, 23 Dec 2017

CHECK OUT PRINCE HARRY AND MEGHAN MARKLE’S OFFICIAL ENGAGEMENT PHOTOS

The couple will be getting married in May, 2018!

error: Content is protected !!