Hiburan By: Del14 January 22, 2020 @ 9:45pm

Cinta Rihanna Dan Drake Kembali Bertaut?

Penyanyi kelahiran Barbados yang begitu popular di Hollywood, Rihanna atau Riri dilihat bermesra dengan bekas teman lelakinya, penyanyi rap Drake ( 33) di kota New York pada Jumaat. 

Pada hari yang sama, berita mengenai perpisahan Rihanna dengan kekasihnya, seorang ahli perniagaan dan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel tersebar.

Rihanna dan Hassan berpacaran selama lebih kurang 3 tahun sebelum hubungan mereka berakhir minggu lepas. Pertama kali gosip mengenai mereka timbula apabila Rihanna dan Hassan dirakamkan sedang bercuti bersama-sama di Spain, pertengahan tahun 2017. 

Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty dirakamkan berdiri berdekatan dengan Drake di sebuah konsert, namun tidak diketahui sama ada mereka datang bersama-sama atau tidak. 

Terdahulu, Rihanna dan Drake sudah beberapa kali digosipkan sedang bercinta sebelum hubungan mereka berakhir pada 2016. 

Sumber dan Kredit Foto: Pagesix.com

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Jun 2022
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Mana Ada Hilang, Elly Cuti Panjang

Lakonan Elly Mazlein dalam drama Teratai Kemboja memang akan buatkan kita geram, rasa macam nak masuk dalam TV dan ketuk kepada dia pun ada kan? Begitu hebatnya impak yang disampaikan oleh pelakon berusia 38 tahun […]

Featured Thu, 19 Jan 2023

Comel! Gelagat Jebat Jayden ‘Review’ Makanan Undang Tawa Warganet – “Pak Mat Takut Tak?”

Anak kepada pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sering meraih tawa warganet di media sosial dengan gelagat comel dan lucunya. @pakmatwestern Sharnaaz Ahmad dah warning😱 #fyp #foryou #foryoupage ♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku – […]

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Soal Jodoh, Syazwan Zulkifli Lebih Selesa ‘Low Profile’

Bila ‘Pali’ buka mulut soal jodoh…hehe

Filem Tue, 10 Oct 2023

“Batal Tayangan Pagari Bulan, FINAS Buat Apa?” – Michael Ang Luah Rasa Terkilan

Kalau Mic tak bagi tahu, serious tak tahu kewujudan Pagari Bulan 😅😖

Featured Mon, 20 Feb 2023