Cipta Lagu Dari Tirai Besi, Lirik ‘Bebaskan Aku’ Luah Emosi Yasin Sulaiman

Kalau sebelum ini, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dikhabarkan menjadi imam solat tarawih dan solat fardhu serta mengajar banduan lain mengaji di penjara Sungai Buloh kali ini, Yasin tidak hanya berdiam diri apabila tampil dengan lirik lagu baharu berjudul Bebaskan Aku.


Perkara itu dikongsi menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya pada Ahad.

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh.
“Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan di instagram untuk sahabat, teman dan peminat,” tulisnya.
Bagaimanapun, jika diamati setiap bait penulisan lirik lagu berkenaan, ia jelas sekali menggambarkan perasaan dan harapan yang tersimpan didalam hati pemuda berusia 47 tahun itu.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan followers beliau mendoakan agar segala perjalanan dan urusan pelantun lagu Mimpi Laila ini dipermudahkan.

 

Terdahulu, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan iaitu mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 25 Mac lalu.
Salma Syahbuddin