Hiburan By: Padin January 30, 2023 @ 4:57pm

‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ Papar Perjuangan Agensi Maritim Jaga Keselamatan Perairan Negara

Mengetengahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menjaga keselamatan perairan negara, filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang sentuhan Allahyarham Pitt Hanif sarat dengan aksi mendebarkan yang pastinya menyentuh emosi untuk menarik penonton ke pawagam.

Filem genre aksi unit beruniform terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia itu menampilkan gandingan hebat dua aktor dan aktres popular tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.

Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.

Penerbitnya, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, perancangan menerbitkan filem yang membabitkan kos sebanyak RM13 juta itu bermula sekitar 2017.

“Saya bersama Penerbit Eksekutif, Flying Deals Sdn Bhd, Rozita Mat Isa dan Jason Chong selaku penulis skrip mengemukakan kertas idea kepada Maritim Malaysia untuk menerbitkan filem. Kemudiannya, skrip dihasilkan dengan bantuan dan nasihat Maritim Malaysia melalui beberapa siri perbincangan dan penambahbaikan.

“Selepas mendapat kelulusan dan mendapat dana untuk projek filem kenegaraan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), kami mula mencari rakan penerbit untuk memulakan penggambaran.

“Akhirnya, kami bertemu dengan penerbit, Arie Zaharie dari Arie Zaharie Production yang berminat untuk bekerjasama menerbitkan filem ini,” katanya.

Muhammad Hady Yusry berkata, penggambaran filem Coast Guard bermula pada 3 Ogos dan berakhir pada 24 Oktober 2019.

“Filem ini mula diarahkan pengarah Hashim Rejab dengan dibantu Allahyarham Pitt ketika itu. Bagaimanapun, Hashim terpaksa menarik diri kerana ada komitmen lain dan arwah Pitt mengambil alih mengarahkan filem sepenuhnya sehingga penggambaran selesai.

“Penggambaran filem mengambil masa selama 55 hari, membabitkan lokasi penggambaran sebanyak 65 peratus di kawasan laut dan pulau di sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Selebihnya di Kuantan dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang,” katanya.

Mengulas penggambaran filem, kata Muhammad Hady Yusry, lebih seratus barisan pelakon dan kru termasuk pegawai khas dari Maritim Malaysia terbabit dalam penggambaran filem ini.

“Naskhah ini membabitkan kos tinggi kerana penggunaan aset ketenteraan iaitu tiga kapal besar, empat helikopter, 10 bot laju dan kelengkapan senjata api dan ‘machine gun’.

“Bagi menghidupkan babak, kami membina perkampungan lanun yang terpaksa diletupkan pada penghujung cerita dengan membabitkan kos RM400,000.

“Barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan dan Julia Farhana juga menjalani sesi latihan ketat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) selama sebulan membabitkan aspek protokol, penggunaan senjata api, perlawanan dan sebagainya lagi,” katanya.

Mengenai cabaran menghasilkan filem, kata Muhammad Hady Yusry, pihaknya berdepan dengan keadaan cuaca yang buruk termasuk ribut taufan yang melanda sepanjang penggambaran di Pulau Langkawi.

“Sepanjang 18 tahun terbabit dalam bidang pemasaran dan penerbitan filem, penggambaran filem Coast Guard adalah paling mencabar. Barisan pelakon dan kru terpaksa berkampung selama tiga bulan dalam kapal besar yang berlabuh di tengah laut untuk penggambaran filem.

“Kami juga perlu melihat jadual penggunaan aset ketenteraan Maritim Malaysia dengan keadaan cuaca, selain aset sedia ada perlu digunakan dalam operasi Maritim.

“Sehari selepas penggambaran selesai, arwah Pitt pula meninggal dunia. Rozita dan Arie terpaksa menyambung kerja penggambaran lagi dua peratus di lokasi darat pula.

“Bayangkan, kami terpaksa mengambil alih tugas pengarah untuk menvisualkan semula untuk proses suntingan akhir filem ini,” katanya.

Tidak ketinggalan, Muhammad Hady Yusry berkata, barisan pelakon utama turut berdepan detik mencemaskan ketika penggambaran babak aksi filem itu.

“Saharul berdepan detik mencemaskan dan hampir lemas di tengah laut ketika menunggu diselamatkan helikopter. Julia juga hampir lemas kerana topeng selam tercabut ketika menjayakan sesi latihan dalam air di AMSAS.

“Mujurlah pasukan penyelamat cekap bertindak bagi membantu menyelamatkan mereka,” katanya.

Ditanya sasaran kutipan filem, kata Muhammad Hady Yusry, hasil tinjauan dan maklum balas daripada pelbagai pihak dan pawagam, filem ini berpotensi mendapat sambutan hebat seperti filem Paskal dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

“Saya juga mensasarkan filem ini akan mencecah kutipan sebanyak RM20 juta di pawagam nanti,” katanya.

Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang edaran Metrowealth International Group dan disokong FINAS, Primeworks Studios dan Media Prima Berhad. Tajaan membabitkan MyDebit, Peynet dan Starbucks.

Ia bakal ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula 2 Februari ini, termasuk tayangan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

Kamal Adli Dilamar Pelakon Jelita?

Psst…siapa wanita bertuah tu?

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Hans Isaac Jawab Isu Dating Dengan Lofa?

Pertemuan itu cuma kebetulan dan bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen. 

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Akhirnya Bersemuka…Rita Pertimbangkan Saman

Jangan main api, akhirnya binasa diri!

Trending Sat, 29 May 2021

Filem & Drama Hebat Primeworks Studios Ditayangkan Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Bagi menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem tempatan, Disney+ Hotstar memeterai satu siri perjanjian beberapa tahun dengan pengedar dan aggregator kandungan premium di Malaysia, Primeworks Studios. Bermula 1 Jun ini, penonton di Malaysia boleh mengakses lebih

Trending Wed, 30 Jan 2019

Lazada Leng Chais and Dates Liven Up Old Folk’s Home in Conjunction with CNY

The group of youths brought much joy and fun to the Home.

Featured Fri, 21 May 2021

Selepas 11 Hari Bermandi Darah, Hamas & Israel Setuju Gencatan Senjata Di Gaza

Selepas bertempur dan bermandi darah selama 11 hari, Pejuang Hamas dan Zionis Israel akhirnya bersetuju mengadakan gencatan senjata pada hari ini. Jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel mengesahkan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, sejurus selepas kenyataan

Hiburan Tue, 20 Feb 2018

NABIL AHMAD MAHU UBAH SEJARAH!

Teater yang mahu dipersembahkan di Lambang Sari, Istana Budaya itu tercetus daripada pembacaan sebuah buku sejarah lama berbentuk skrip yang dibeli di Penang dengan harga cuma RM1.

“Saya beli buku itu dengan hanya RM1 sahaja terbitan tahun 1959.

Featured Thu, 15 Sep 2022

Bekas Isteri DDNK Penat Tanggung Derita, Pilih Diam Bersebab – “Selesai Perbicaraan, Jumpa Di Mahkamah!”

Takkan mampu untuk tahan dan dipertahankan lagi episod duka sejarah hitam – Watie, Bekas Isteri DDNK

Gaya Hidup Fri, 16 Oct 2020

Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

Selebriti popular Instagram, Faizdickie hilang lebih 25 kilogram selepas merehatkan diri selama empat bulan di laman sosial. Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, kini muncul semula di Instagram dan tampil dengan

| Live TV