Hiburan By: SGMS Faida May 31, 2018 @ 4:05am

Comedy Planet Tutup, Afdlin Ucap Terima Kasih

Pelakon, penyanyi dan pelawak Afdlin Shauki menerusi entri di Instagram (IG) memaklumkan restoran berkonsep komedi, Comedy Planet ditutup bulan ini.

Kata Afdlin, sebab penutupan restoran miliknya disebabkan kurang sambutan orang ramai.

Tulisnya, Afdlin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sentiasa menyokong perniagaan dijalankan selama ini.

“Dengan penuh dukacitanya saya terpaksa memberitahu bulan May ini adalah bulan terakhir Comedy Planet Kuala Lumpur akan beroperasi di Great Eastern Mall.

“Oleh kerana sambutan yang kurang menggalakkan, kami terpaksa menghentikan operasi di sini. Perancangan kami adalah untuk mencari lokasi yg lebih sesuai untuk meneruskan restoran yang juga pentas bagi bakat-bakat komedi dan anak-anak seni di masa akan datang kalau ada rezeki. 

“Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada kami! Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di Great Eastern Mall. 

“Terima kasih kepada semua pelawak, pekerja dan partner saya yang juga telah buat sehabis baik. In Shaa Allah kita akan bangkit kembali jika diizinkan-Nya,” tulisnya.

Tak apa Datuk, kami doakan agar dikurniakan rezeki selepas ini agar Comedy Planet dibuka semula di lokasi lain pula. Insha Allah.

Afdlin membuka cawangan pertamanya di Kilang Bateri, Johor Bahru dan memilih Great Eastern Mall, Ampang sebagai cawangan keduanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Aug 2022

“Era Itu Sudah Berlalu…” – Ayda Jebat Tak Mahu Babak Bersentuhan

Min pun setuju dengan Ayda tak perlu pun rasanya…

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Musly Ramlee, Liza Hanim Kongsi Pentas Sekali Lagi

Selain Musly dan Liza Hanim, penyanyi popular Aishah dan Rachel Guerzo Trio turut berkongsi pentas yang sama. Anda dah dapatkan tiket ke belum?

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Featured Wed, 24 Nov 2021

Jaga-Jaga! Ops Sedar JPJ Untuk Pemantauan Insurans Kenderaan Bermula Hari Ini.

Bermula 24 November (Rabu), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bagi memantau penggunaan insurans perlindungan kenderaan bermotor. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang […]

Hiburan Thu, 1 Jun 2023

Isu Berbikini, Kini Giliran Pihak Pengurusan Kasih Iris Leona Pula Beri Kenyataan

Alaa biasalah kan remaja nak cuba semua benda kita boleh tolong nasihat je