Hiburan By: SGMS Faida July 13, 2018 @ 10:33am

Comel! Mikayla Delisha Hakim Nama Anak Norman-Memey

Pasangan suami isteri selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza menamakan bayi perempuan mereka, Mikayla Delisha Hakim.

Menerusi Instagram pelakon berusia 42 tahun in, dia menulis, “Assalammulaikum. Hi, salam Jumaat semua. Papa dan mummy dah bagi kita nama tau. Nama kita kan, dengan izin Allah, nama kita Mikayla Delisha Hakim.

“Papa, mummy cakap maksud nama kita tu, Mikayla: Pemberian Allah, Delisha: Gembira dan membuat orang lain gembira dan Hakim: Arif Bijaksana.

“Ingat nama kita dalam doa-doa atuk, nenek, makcik, akak abang semua (pengikut di laman sosial),” tulis Norman.

Dalam pada itu, si comel ini turut memiliki akaun laman sosial bernama @mikayladelishahakim.

“Ikuti akaun Instagram kita yang mummy dan papa buatkan kat @mikayladelishahakim, okey.

“Terima kasih. Sayang semua,” katanya.

Memey selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram kira-kira pukul 12.52 petang Khamis.

Pasangan itu sudah mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan aktres Abby Abadi, Norman memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra