Categories: Hiburan

Comel! Pagi-Pagi Dengar Lagu Siti Nurhaliza, Siap Bertepuk Tangan Lagi! – Ernie Zakri Dedah ‘Joget Berhibur’ Lagu Kegemaran Khawla

Gelagat anak penyanyi Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha yang teruja mendengar lagu Joget Berhibur nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian.

Menerusi video ringkas berdurasi 37 saat yang dikongsikan di Instagram Story itu, Khawla sangat terhibur dan turut bertepuk tangan mengikut rentak lagu penyanyi nombor satu negara tersebut.

Telatah Khawla sangat comel, lebih-lebih lagi apabila dia berjoget sambil Ernie menyanyikan lagu tersebut.

Dedah pelantun lagu Korban, lagu Joget Berhibur nyanyian Siti merupakan lagu kegemaran anaknya.

Dalam pada itu, Siti turut mengulang siar (repost) video terbabit di Instagram Story miliknya.

Siti kagum dengan Khawla kerana meminati lagu berentak irama tradisional meskipun baru berusia satu tahun setengah.

“Masya’allah Tabarakallah… kecik kecik dah suka lagu tradisional ye…. Terima kasih ibu sayang, Ernie,” tulisnya.

Terdahulu, Ernie dan penyanyi Syamel mendirikan rumah tangga 26 Mac 2021.

Ernie melahirkan Khawla di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 22 Februari 2022.

Syamir Shafie