Categories: Hiburan

Comelnya Jadi Muse Dengan Sumayyah! Puteri Sarah Sedar Kepentingan Simpanan Untuk Masa Hadapan

Sedar kepentingan simpanan untuk masa hadapan keluarga dan anak-anak, pelakon popular, Puteri Sarah Liyana menyediakan ‘payung sebelum hujan’.

Menurut bintang siri Suri Hati ini, dia telah lama melabur dalam emas sejak zaman remaja ketika mula melibatkan diri dalam dunia hiburan.

Malah, ibu tunggal dua anak itu turut mempelbagaikan pelaburan di portfolio lain dan bersyukur kerana memiliki simpanan hasil tiitk peluh sendiri yang boleh dijadikan perlindungan ketika kecemasan untuk dirinya dan anak-anak.

“Ketika muda dahulu, mungkin jiwa saya lebih kepada barangan dan aksesori seperti berlian serta emas platinum. Lama kelamaan, saya sedar dengan kepentingan barangan kemas kerana ia menjadi tabungan untuk masa hadapan, apatah lagi ia untuk saya dan anak-anak.

“Pada 2012, barulah saya gigih mengumpul emas. Saya gemar dengan reka bentuk yang moden kerana sesuai dengan jiwa saya. Selain emas, saya juga ada pelaburan lain,” katanya.

Mahu menjadikan emas sebagai ‘peninggalan’untuk anak-anaknya kelak, Sarah

“Nilai emas sentiasa naik. Saya kumpul untuk jangka masa panjang. Sekurang-kurangnya saya ada aset dan apa yang saya miliki ini untuk diberikan kepada anak-anak saya nanti. Saya juga mahu menasihati peminat saya, terutamanya kaum wanita yang bekerja untuk mula membeli dan menyimpan emas.

“Beli sikit-sikit dulu pun tidak mengapa. Ikut kemampuan, sekurang-kurangnya kita tahu emas ini boleh digunakan di kemudian hari. Saya pun tak sangka sudah ada beberapa koleksi barangan kemas dalam simpanan. Sekarang ini saya nak untuk Sumayyah pula,” katanya.

Sarah berkata demikian selepas muncul sebagai penampilan istimewa bersama anaknya, Sumayyah pada majlis pelancaran barangan kemas ekslusif buatan tempatan milik Trishya & Co – Oppulent di TDox, EQ Plaza, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, pengasas bersama Trishya & Co, Datin Dr Raskidah Ali berkata, pihaknya memilih selebriti popular itu dan anaknya kerana mengeluarkan koleksi rangkaian produk barangan kemas yang pertama untuk kanak-kanak perempuan.

“Kami memilih dia sebagai muse kerana kagum dengan kekuatan Sarah sebagai seorang wanita yang berjaya melalui pelbagai rintangan sebelum ini. Kami kami hendak buat koleksi untuk kanak-kanak perempuan dan ia sesuai dengan Sumayyah yang begitu comel.

“Melalui Trishya & Co, kami bukan sahaja menghasilkan rekaan barangan kemas untuk wanita dan aksesori lelaki yang berkualiti tinggi, malah mensasarkan janaan ekonomi negara dengan menampilkan rekaan bercirikan Malaysia yang boleh dijadikan kenang-kenangan buat pelancong yang berkunjung ke negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Trishya & Co, Nayli Batrishya Norbik Bashah, 18, mengakui terinspirasi dengan sebuah jenama terkenal yang popular dengan koleksi loket pesona atau charms, yang mana setiap cawangannya di seluruh dunia menampilkan rekaan sinonim dengan imej sesebuah negara.

Trishya & Co mengkomersilkan identiti Malaysia melalui rekaan emas 916 yang semua tahu emas adalah satu pelaburan yang baik. Disinilah bermulanya idea menghasilkan koleksi Links of Malaysia atau LOM. Untuk menarik minat golongan muda seusia saya pastinya reka bentuk yang unik, muda dan trendy menjadi asas,” katanya lagi.

Padin