“Contoh Madu Yang Baik” – Minta Kebenaran Isteri Pertama, Netizen Puji Zarina Zainuddin Tahu Adab Kahwin Suami Orang

Sejak kebelakangan ini, heboh mengenai kontroversi individu yang mengamalkan poligami dalam perkahwinan sehingga menggoyahkan hubungan dengan isteri pertama.

Susulan itu, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin yang juga berstatus isteri kedua memberi nasihat mengenai poligami.

Menerusi sebuah program temu bual, Zarina berkongsi pengalaman dan memberi nasihat kepada para wanita di luar sana.

Menurut Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin, 52, dia sejujurnya tidak mahu menjadi perampas ataupun hidup bermadu.

“Saya tak nak kahwin dengan suami orang. Saya tak suka jadi perampas suami orang,” katanya.

Namun, Zarina mendedahkan bahawa dia meminta suaminya itu untuk membawanya berdepan dengan isteri pertama jika suaminya itu benar-benar ikhlas ingin berkahwin dengannya.

“Kalau abang betul-betul nak kahwin dengan saya, bawak saya jumpa dengan isteri abang, kenalkan kepada isteri abang… Biar saya sendiri yang minta izin dengan isteri abang.

“Kalau dia izinkan, saya kahwin… Kalau tak izinkan, saya takkan kahwin dengan suami orang. The next day, dia bawa saya jumpa isteri dia. He’s a very gentleman. Itu susah orang nak buat,” jelas Zarina lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Zarina sebagai seorang wanita yang bertanggungjawab dan layak untuk bersembang mengenai poligami kerana sikapnya yang bertimbang rasa terhadap isteri pertama.

Atiqah Johari