Featured By: Atiqah Johari August 16, 2022 @ 7:08pm

Cukup Sekadar Simbolik! Alif Satar Enggan Lakonkan Adegan Intim – “Saya Nak Pegang Tangan Pun…”

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar memaklumkan bahawa dia mempunyai prinsip yang dipegang di mana dia enggan untuk melakonkan babak-babak mesra dan intim dalam lakonannya bersama pelakon wanita.

“Saya memang mempraktikkan perkara ini dalam kerjaya sebagai seorang pelakon iaitu elak daripada melakonkan babak mesra atau intim,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Jelasnya, prinsip tersebut dipraktikkan bukan kerana dia mahu ‘berlagak alim’ tetapi lebih kepada menghormati statusnya sebagai seorang bapa dan suami serta sebagai seorang yang beragama Islam.

“Perkara itu bukan saja-saja saya lakukan tetapi kerana saya seorang Muslim, suami dan ada anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Memetik laporan Kosmo! Online, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, turut menjelaskan bahawa jika dia diminta untuk melakonkan adegan-adegan sedemikian dia memilih untuk lakukan perkara tersebut secar simbolik sahaja.

“Memang saya akui sangat mencabar berlakon babak mesra dengan pelakon wanita dan hari ini, jika saya nak pegang tangan pun memang berlapik, itupun waktu yang memang memerlukan sahaja.

“Contohnya, ada babak malam pertama dalam drama Risik Pada Hati baru-baru ini, kami tidaklah lakukan aksi tidak senonoh, hanya beri salam. Sekadar simbolik.

“Penonton drama sekarang ada yang sangat islamik dan mereka sedar batas. Jika mereka kata kurang elok, elakkan daripada melakukannya,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, Alif memaklumkan bahawa dia masih perlu memberikan yang terbaik dalam lakonannya dan mempunyai cara yang tersendiri iaitu berbincang dengan pelakon itu sendiri sebelum menjayakan watak.

“Memang nak beri terbaik tetapi hakikatnya, kena fikir lebih jauh tentang impak kalau jayakan babak sebegitu.

“Bila cakap begini, orang akan cakap acah-acah alim tetapi ini yang saya praktikkan.

“Selalunya, saya akan berbincang dengan pelakon lain bagaimana untuk menjayakan babak tersebut.

“Apapun, setiap pelakon mempunyai cara tersendiri dan ikutlah keselesaaan masing masing. Saya pun tak mahu ulas panjang mengenai hal ini,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Sumber: Kosmo! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Nov 2019
Trending Mon, 1 Mar 2021
Trending Thu, 4 Jan 2024

Faizal Hussein Masih Gagah Buat ‘Stunt’ Sendiri

Pelakon senior Faizal Hussein mendedahkan dirinya masih mampu membuat aksi atau ‘stunt’ sendiri menerusi drama bersiri W: Two Worlds. Menurut Faizal, dia bersyukur dirinya masih lagi ditawarkan watak-watak yang mencabar meskipun sudah berusia. “Saya bersyukur […]

Kisah Viral Sat, 20 Jan 2024
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

TAEYANG AND MIN HYO RIN ARE GETTING MARRIED?!

Congratulations to the happy couple!

Trending Mon, 30 Mar 2020
Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Trending Thu, 16 Jan 2020

Anak Pendakwah Ahmed Deedat Ditembak Di Kepala

Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa terkenal, Sheikh Ahmed Deedat kini bertarung nyawa selepas ditembak di luar sebuah mahkamah, pada Isnin. Jurucakap polis, Kolonel Thembeka Mbela berkata, mangsa, Yousuf Deedat, […]