Hiburan By: Nurul Hana March 27, 2023 @ 1:44pm

Da Unknown Tampil Dengan Cinta Hati

Selepas kejayaan single pertama berjudul Jangan Marah (Baby Sayang) yang meraih lebih 2.1 juta tontonan di YouTube serta single kedua, Tersakiti yang mendapat lebih 110,000 tontonan, kini kumpulan ‘boyband’ Da Unknown tampil dengan single ketiga bertajuk Cinta Hati.

Ia sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima remaja berbakat berusia awal 20-an yang lengkap dengan personaliti tersendiri.

Kumpulan yang dianggotai emapat anak muda kacak iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo),21; Izmeer Ibrahim (Izmeer), 20; Ameer Nor Azam (Ameer), 20; dan Awangku Zaq Amirul (Zaq),19, tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan single baharu selepas kali terakhir pada awal tahun ini.

Sejak 25 November lalu, Cinta Hati hasil ciptaan sepenuhnya oleh Momo sudah dilancarkan di kesemua platform digital manakala muzik video sudah boleh ditonton.

Bercerita mengenai single Cinta Hati, Momo berkata, sebagai pencipta lagu dia mendefinasikan lagu itu sebagai karya yang ‘sweet’ dan ‘sexy’.

“Lagu ini mengisahkan perjalanan seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita yang diminati dalam diam. Lelaki itu berjanji tidak akan sesekali berputus asa untuk memenangi hati wanita ini.

“Pada awalnya, saya tiada idea untuk buat lagu ini. Namun apabila mendengar dua buah lagu dari Indonesia dan Korea Selatan, saya terdetik nak cabar diri menghasilkan lagu yang ada elemen baharu dan tidak pernah saya terokai,” katanya.

Kata Izmeer, proses rakaman tidak memakan masa yang lama memandangkan ini adalah ketiga mereka.

“Secara peribadi, saya menikmati proses penggambaran untuk muzik video ini dan boleh dikatakan kali pertama kami berjaya menemui jalan cerita yang menarik dan tersusun. Saya seronok apabila semua berjalan dengan lancar,” kata Izmeer.

Single Cinta Hati sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Musiz, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube sejak 25 November yang lalu manakala videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Ace Talents.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Oct 2021

IM Nazrul Berkolaborasi Dengan Shidee Khayran Dalam Sembunyi Lara

Setelah agak lama menyepi dari arena nasyid, IM Nazrul membuat kemunculan semula dengan single terbaru berjudul Sembunyi Lara bersama salah seorang anggota kumpulan nasyid Khayran iaitu Shidee. Menerusi lagu ciptaan Ustaz Huri dan lirik nukilan […]

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Ernie Zakri Alih Fokus Untuk Tunaikan Umrah Pula

Mentor Milenia pun dah habis, bolehlah Ernie fokus untuk beribadat pula ya?

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Selepas 27 Tahun, Akhirnya Nico G…

Wah…lama tak dengar pasal kumpulan Nico G!

Trending Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Fri, 18 May 2018

Nama Pengiring Meghan Markle Akhirnya Terjawab

Thomas Markle menarik diri dari menghadiri majlis perkahwinan itu selepas dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan jantung awal minggu ini.

Hiburan Mon, 13 May 2019

E1 Gamit Raya Zaman Dulu Dalam Rindu Lebaran

Babak mengejar ayam memang paling mencabar tambah pula kami bertiga tak pandai pegang ayam sangat.

Events Wed, 12 Sep 2018