“Dah Tak Bengkak Kepala, Bengkak Bahu” – Busana Aina Abdul Kena Kritik Lagi

Penampilan penyanyi, Aina Abdul yang bertindak sebagai juri dalam sebuah program realiti nyanyian sering meraih perhatian ramai.

Sebelum ini, Aina dikecam netizen kerana memakai pakaian yang menggangu pandangan penonton di belakang.

ARTIKEL BERKENAAN:Disamakan Dengan Beluncas, Fesyen Aina Abdul Dikritik Netizen – “Tolong Fikir Penonton Dekat Belakang”

Terbaharu, Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani memuat naik gambar penampilan dirinya mengenakan busana berkonsepkan reben berwarna merah jambu.

Gambar tersebut mendapat pelbagai respons warganet yang mengatakan bahunya kelihatan bengkak, malah ada yang menasihatinya untuk tidak menghalangan pandangan penonton lain.

“Dah tak bengkak kepala bengkak bahu pula. Cantik tapi kalau boleh jangan menghadang pandangan penonton dekat belakang, kesian mereka nak tengok dengan lebih jelas.

“Minggu lepas block pemandangan orang belakang sebab tinggi sangat headgear. Sekarang block kiri kanan pula sebab ada sayap,” tulis netizen.

Nurul Hana