Dahulu Dikecam Gara-Gara ‘Freehair’, Kini Netizen Puji Anis Sofea Makin Cantik

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea sering dikecam netizen selepas memutuskan untuk tidak lagi berhijab.

Bukan itu sahaja, penampilan Anis juga sering didakwa agak selekeh dengan gaya rambut yang didakwa seperti ‘bibik’.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Tak Bersiap Hadiri Majlis, Penampilan Isteri Haqiem Rusli Kena Kecam.. Ada Netizen Label Persis Kak KM

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Anis kelihatan meraih pujian ramai mengenakan pakaian berwarna ‘pink’ dan blazer putih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan wanita berusia 21 tahun itu semakin cantik dan kemas.

“OMG so cantik. Cantik sangat! Mak love,” tulis netizen.

Nurul Hana