Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama

Da’I Farhan dilaporkan telah menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nurul Ain Mat Aris yang kini hamil anak kedua.  

Berita ini didedahkan oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil menerusi akaun Facebook miliknya.

Asiah dalam entri tersebut mendakwa sudah mendengar rakaman suara Farhan yang menceraikan isteri pertamanya yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, alasan perceraian ialah kerana Fatin nusyuz dan memfitnah suami.

Pada 22 November lalu Fatin mendakwa telah dipukul dan dikurung oleh Farhan. Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.
 
Difahamkan Farhan kini berada di China bersama isteri keduanya.
 
Sebelum ini, nama Farhan tular disebut-sebut netizen di media sosial apabila dia mendedahkan pernah didekati oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya.

Kredit: Asiah Abd Jalil 
 

SGMS Faida