Da’i Syed Dedah Tidak Dipanggil Stesen TV Gara-Gara Terlibat Kes Jenayah Seksual

Selepas dibebaskan dari dua pertuduhan melibatkan jenayah seksualnya, pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau dikenali sebagai  Da’i Syed  mengakui amat bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu.

“Alhamdulillah saya lepas dan dibebaskan.

“Saya tidak boleh nak cakap apa, memang setiap bulan jika mahkamah suruh saya datang (prosiding mahkamah) saya ha­dir macam biasa,” katanya.

Sementara itu, Da’i Syed yang popular menerusi lagu Albi Nadak turut mengakui, dia yang terpalit dengan pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta menyebabkan dia tidak dipanggil oleh mana-mana stesen televisyen.

“Disebabkan prosiding kes ini (mencabul dan persetubuhan luar tabii), saya tidak dipanggil stesen televi­syen,” jelasnya.

Untuk rekod, pada 10 Disember 2020, Da’i Syed me­ngaku tidak bersalah atas pertuduhan me­lakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan terhadap mangsa yang ketika itu berusia 22 tahun.

Dan,  perbicaraan kes ditangguhkan selepas mangsa atau pengadu kes tidak hadir memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan.

ARTIKEL BERKAITAN:Lakukan S*ks Luar Tabii Dan Cabul Pelajar Kolej, Da’i Syed Kini Bebas Tuduhan Jenayah Seksual

ARTIKEL BERKAITAN:Da’i Syed Bakal Dibebaskan, Ikat Jamin RM35,000 Tetapi Dengan Syarat…

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Guna Taktik Ajak Mangsa Datang Rumah, Isu Da’i Syed Makin Panas!

ARTIKEL BERKAITAN:“Tuduhan Itu Terlalu Berat” – Didakwa Rogol Gadis, Da’i Syed Buat Laporan Polis

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin