Events By: Salma Syahbuddin September 19, 2018 @ 3:21pm

#daiTV3 : Tiada Penyingkiran Untuk Pusingan Suku Akhir Pendakwah Nusantara

Minggu suku akhir, mereka diberi tugasan untuk menyampaikan tazkirah dengan tema “Aku Ingin Ke Syurga”.  Pentas  pada minggu lalu juga turut diserikan dengan kehadiran tetamu nusantara iaitu Tuan Abdullah Tuan Harun dari Thailand.

Tiada penyingkiran di peringkat suku akhir minggu lalu,  empat peserta iaitu Da’i Imran, Da’i Adam, Da’i Syahmi dan Da’i Haziq akan meneruskan persaingan mereka di peringkat separuh akhir minggu ini  untuk merebut tempat ke pentas akhir pada 28 September nanti.

Kemampuan Da’i Akan Terus Diuji

Menurut Ustaz Zarifi Mohamad Daud, sebagai seorang juri nampaknya persembahan mereka begitu memberangsangkan. Dan, mereka juga dilihat sudah mempunyai kemahiran asas sebagai seorang pendakwah. 

Peserta di peringkat suku kahir ini nampaknya sudah mempunyai kemahiran dan kemahiran tersebut sememangnya telah dikuasai baik dari sudut ilmu-ilmu asas, pengucapan awam, penggunaan pentas dengan penstrukturan isi dan jalan cerita yang baik. Cuma untuk baki dua minggu terakhir ini, saya berharap mereka akan terus fokus. Saya mengharapkan mereka tampil dengan isi tazkirah yang benar-benar berkualiti, yang dapat membantu dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan ummat. Saya juga mahu lihat mereka tampil dengan persembahan yang lebih kreatif untuk minggu akhir nanti.” Katanya

Namun, juri berpendapat peserta masih belum cukup diuji. Oleh itu, para juri ingin menguji kesemua peserta dengan memberi tazkirah secara spontan pada sesi imtihan sebagai persediaan mereka untuk ke pentas akhir.

Agaknya siapakah yang layak ke peringkat akhir? Sama-samalah kita saksikan pentas #daiTV3 Pendakwah Nusantara pada 22 September ini. Dan jangan lupa undi #daiTV3 di twitter dan di laman sosial anda. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Oct 2023
Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Solekan Angelina Jolie Dalam Maleficent: Mistress of Evil Memang Jahat!

Jom Countdown sama-sama untuk tengok cerita ni!

Hiburan Mon, 24 Sep 2018
Featured Sun, 14 Nov 2021

“Saya Tak Berkempen Pun” – Fattah Amin Menang Pelakon Filem Lelaki Popular Atas Usaha Peminat

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memenangi trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34. Fattah menewaskan empat calon lain iaitu Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Syahmi Sazli dan Izuan Fitri. Menurut Fattah, projek […]

Trending Thu, 4 Aug 2022

[VIDEO] “Puteri Roh Meresap” – Che Ta Risau Takhta Ratu ‘Dirampas’ Anak Perempuannya?

Wah nampaknya puteri sulung Che Ta bakal ganti takhta ibunya!

Events Fri, 26 May 2023

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala […]