Daiyan Trisha Kongsi Puisi Curang, Netizen Petik Nama Aedy Ashraf? – “Kenapa Bila Baca Ni Teringat…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berkongsi puisi yang mengisahkan tentang curang mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, puisi tersebut ditulis pada April tahun lalu dan mengakui masih terkesan dengan pengalaman itu.

“Mereka bilang pengalaman itu mematangkan, tapi perasaan hancur itu takkan bisa aku lupakan.

“Ditulis pada April 2022,” tulisnya di kapsyen serta mempromosikan buku pertamanya yang berjudul Tulisan.

Di dalam puisi tersebut, Daiyan ada menyatakan cintanya bukan sekadar mencari publisiti dan berita sensasi di Internet.

Meninjau di ruangan komen, timbul tanda tanya netizen dan mendakwa puisi berkenaan ada kaitan dengan pelakon Aedy Ashraf yang pernah rapat dengan Daiyan pada ketika dulu.

“Betul ke Aedy Ashraf yang buat Daiyan hancur?

“Siapa la lelaki itu ye. Kesian Daiyan kehancuran.

“Kenapa bila baca ni teringat Aedy sia,” komen netizen.

Maya Basir