Featured By: Maya Basir January 11, 2023 @ 4:57pm

Daiyan Trisha Terkilan Netizen Tuduh Dirinya ‘Ditaja’ Sugar Daddy – “Kenapa Bila Lelaki Berjaya…”

Pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha terkilan apabila segelintir netizen menuduh dirinya memiliki kemewahan pada usia muda kerana mempunyai ‘sugar daddy’.

Memetik laporan Gempak, dia menegaskan segala pencapaian yang dikecapinya pada hari ini merupakan hasil kerja kerasnya sendiri.

Malah, dia mengakui berkecil hati usaha dan penat lelahnya mencari rezeki disalah erti.

“Mungkin mereka rasa saya punya pencapaian tak cukup untuk apa yang saya ada sekarang kot. Saya tak tahu lah mungkin mereka tak follow, tapi peminat tak pernah persoalkan.

“Sebab peminat tahu saya ini macam mana. Bila orang cakap saya ada ‘sugar daddy’ tu, saya terasa sikit. Saya terkilan lah sebab saya dah kerja keras kan.

“Penat kerja, kau (netizen) cakap aku ada sugar daddy macam itu je,” katanya.

Menurutnya lagi, tuduhan yang dilemparkan itu berat dan seperti merendahkan usaha seorang wanita bahawa mereka boleh berjaya dengan usaha sendiri.

“Ia satu tuduhan yang berat dan melukakan hati. Ia juga menunjukkan bahawa seorang perempuan kalau berjaya itu mesti ada benda lain.

“Bukan sebab usaha dia, bakat dia, atau cara dia membawa diri. Kenapa mesti macam tu? Kenapa bila lelaki berjaya, kita tak ada pun cakap dia ada ‘sugar mommy’.

“Saya terasa sikit lah bila orang cakap macam itu tapi saya okay saja dan faham sebab kadang-kadang mereka pun ada persoalan antara satu sama lain,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 31 Oct 2018

Khasiat Kunyit Kepada Kesihatan, Bukan Untuk Masakan Sahaja

Anda tiada alasan untuk tidak mengamalkan pemakanan kunyit ini kerana senang diperolehi

Hiburan Mon, 11 Mar 2019
Trending Thu, 16 Aug 2018

4 Gambar DiKongsi Sebelum Kematian

“Pria pada beberapa kesempatan menjadi penguasa nasib mereka”, Tetapi setiap momen tidak selalu sama dengan ungkapan Shakespeare.

Events Sun, 3 Mar 2019

李幸倪终于回马开唱!星途艰辛爸爸很自责

李幸倪终于回马开唱!出道10年星途艰辛,让爸爸很自责是否给女儿选错了路~

Trending Sat, 26 Jun 2021

Penyanyi Cilik Angelica Petra & Mark Adam Tampil Dengan Lagu ‘Selamanya Bersama’

Boleh dikatakan setakat ini tidak ramai penyanyi-penyanyi cilik yang muncul dalam industri hiburan tanah air. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita ketandusan bakat kanak-kanak yang boleh diketengahkan untuk menjadi seorang penyanyi. Terbaharu, kemunculan seorang penyanyi kanak-kanak

Trending Hari Ini Tue, 12 May 2020
Trending Tue, 2 Feb 2021

“Sekarang Ni, Bila Kena Kecam… Saya Rasa Lebih Tenang” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengakui sudah lali dengan kecaman yang diterimanya semenjak melibatkan diri dalam dunia seni 10 tahun lalu. Biarpun kini telah berhijrah, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 32, masih tidak boleh

Featured Wed, 18 May 2022

| Live TV