Dakwa Diri ‘Dipergunakan’, Umisya Kesal – “Kecewa Itu Fitrah, Datang & Pergi Itu Pilihan”

Isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan mengakui kesal dengan tindakan sebuah jenama pakaian yang pergunakannya untuk mempromosikan koleksi raya yang sama dengan madunya, Marissa Dania.

Enggan berdiam diri selepas kontroversi kembali tercetus, Misya menyatakan dia tidak sangka jenama tersebut sanggup mengetepikan sensitiviti dan situasi rumah tangga mereka kebelakangan ini.

“Saya faham peniaga-peniaga semua ada macam-macam cara untuk marketing. Cuma tak pernah tefikir akan sampai macam ni, nak pula tentang sensitivity sekeliling dengan situasi sekarang dan Untuk semua pihak.

“Moga Allah lindung kita. Kecewa itu fitrah, datang dan pergi itu pilihan. Tapi segala yang Allah aturkan pasti ada kebahagiaan untuk ciptaanNya,” tulisnya di Instagram Story (Igs).

Difahamkan Misya tidak tahu bahawa Marissa dan Aslam terlibat dengan spenggambaran produk itu, meskipun pasangan itu tiada di lokasi kejadian.

Terdahulu, sebuah jenama pakaian tempatan teruk dikecam netizen kerana mengambil Marissa dan Aslam sebagai wajah koleksi raya mereka pada tahun ini.

Lebih mengundang kemarahan, Misya turut terlibat dengan penggambaran produk yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania, Aslam & Umisya Jadi Model Jenama Pakaian Yang Sama, Netizen Berang

ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Jadi Model Dengan Suami & Madu, Kakak Sifatkan Jenama Pakaian Terbabit Tiada ‘Common Sense’ – “Dia Tak Tahu Perempuan Ni Shoot Produk Sama” 

Fatin Nurain