Featured By: Attiqah Mohd August 11, 2021 @ 6:01pm

Dakwa Wujud Orang Ketiga, Aman RA & Isteri Akhirnya Sah Bercerai

Selepas mendedahkan kisah rumah tangga mereka berantakan, isteri kepada penyanyi rap Aman RA, Natiqah Rahmat akhirnya mengesahkan beliau telah berpisah dengan suaminya.

Menerusi satu perkongsian, Natiqah berkata, lafaz cerai secara taklik yang dibuat pada 29 Mac 2020 akhirnya disahkan mahkamah pada 5 Ogos lalu.

“Seperti yang dimaklumkan status perkahwinan saya dan bapa kepada anak-anak saya sudah sah bercerai. Bukan hendak membesarkan, cuma meletakkan noktah kepada cerita yang tersebar sebelum ini.

“Saya belajar untuk bersuara dan berhadapan dengan pelbagai emosi, kerana saya bukan orang yang saya kenali selama ini. Biarlah siapa salah siapa betul itu menjadi sejarah kerana saya menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

“Betul banyak impak apabila rumahtangga itu hancur namun ini bukan pengakhiran kehidupan. Masih banyak yang perlu dilalui dan ditempuhi. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan saya kekuatan, sokongan dan doa.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak media kerana belum bersedia memberi kenyataan ketika itu. Dari lubuk hati saya ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,” katanya

Terdahulu, pada Februari lalu Natiqah menerusi beberapa hantaran dalam Instagram Story mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan selepas kecurangan terbongkar.

Malah, dia juga mendakwa sudah menghalau penyanyi Budak Flat itu dari rumah kerana tidak tahan dengan penipuan selama ini.

 

Difahamkan, Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 34, telah membuat lafaz cerai sebanyak empat kali.

Walaubagaimanapun, Natiqah berkata beliau dan bekas suami mengenepikan ego masing-masing agar penceraian tersebut tidak memberi kesan kepada anak-anaknya, iaitu Ratu Raiqa, 3 dan Tuah Khalifa yang kini berusia 2 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

‘Dari ‘Jantan’, Sekarang Manja’- Janna Nick Mengaku Berubah Selepas Berpunya

pelakon Leftenan Zana itu memanggil kekasihnya itu dengan panggilan ‘baby’ manakala Dini memanggi Janna ‘sayang’.

Trending Mon, 20 Jun 2022

Lee Chong Wei & Taufik Hidayat Bakal Berentap Di ‘Live’ TikTok?

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) secara rasminya telah menjadi sebahagian dari keluarga TikTok selepas dilihat membuka akaun di platform media sosial terkenal itu baru-baru ini. @leechongweiofficial Hi everybody, I am Lee Chong Wei,

TECH Thu, 26 Apr 2018

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Panduan untuk tentang Port & Adapter di setiap komputer riba atau lebih dikenali ‘laptop’

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Anzalna Nasir Dihadiahkan Kereta Mewah RM600,000

Mungkin hadiah untuk Anzalna yang bakal melahirkan cahaya pertama mereka tidak lama lagi.

Trending Fri, 18 Dec 2020
FESYEN Wed, 28 Feb 2018

Wow…Ayunya Bila Dua Lipa Berhijab

Penyanyi popular dengan lagu Scared To Be Lonely yang ketika ini dalam siri konsert jelajahnya sempat berkunjung ke beberapa lokasi menarik di sana.

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Jerebu Oh Jerebu…Zed Zaidi ‘Hentam’ Menteri?

Susulan masalah jerebu yang semakin menyesakkan nafas, pelakon Zed Zaidi terpanggil untuk meluah perasaan mengenai isu ini. Bingung dengan situasi sekarang, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ini menyelar pihak Kementerian Pendidikan yang masih belum mengeluarkan

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Lepas New York, Mak Cun Bawa Diri Ke China Pula?

Mak Cun ni memang gigih dan tidak pernah berputus asa!

| Live TV