Hiburan By: SGMS Enal July 6, 2019 @ 11:00am

Dakwaan Muflis, Shaheizy Sam Buka Mulut!

Pelakon, Shaheizy Sam, menyangkal dakwaan dirinya terbabit dalam pelaburan mata wang digital hingga dikatakan menjana keuntungan lumayan.

Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 36, lebih terkejut apabila dia dikatakan muflis dan berjaya bangkit daripada kegagalan kerana pelaburan berkenaan.

“Ramai menghantar artikel yang menyebut kononnya saya mendapat pulangan lumayan melalui pelaburan mata wang digital.

“Saya tidak percaya dengan pelaburan yang mendapat pulangan mudah. Lebih melucukan, artikel terbabit menyatakan saya pernah muflis dan kejayaan saya hari ini kerana pelaburan yang dibuat. Bila masa saya muflis?” soalnya kepada BH Online.

Beberapa hari lalu, sebuah portal menyiarkan artikel mengenai kebangkitan bintang Polis Evo itu yang dikatakan pernah muflis. Ia membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai kebenaran tulisan berkenaan.

Sam memandang serius perkara itu berikutan penyebaran artikel terbabit dikhuatiri membuatkan ramai orang percaya dan tertipu.

“Sekarang, media sosial juga boleh menjadi sumber fitnah. Jadi, berhati-hatilah! Jangan hanya kerana sesebuah artikel memaparkan artis, ceritanya dianggap benar.

“Mungkin kerana kita buat tidak tahu sahaja, jadi mereka semakin berani berbuat sesuka hati. Mereka tidak lagi takut untuk menggunakan nama dan gambar orang yang tiada kena mengena dengan pelaburan berkenaan. Apa yang pasti, saya akan mengambil tindakan tegas berhubung hal ini,” katanya.

Pelakon terbabit turut berkongsi mengenai perkara berkenaan di laman sosial Instagramnya, semalam.

Terdahulu, nama pelakon dan pengarah, Datuk Aaron Aziz, juga pernah dikaitkan dengan pelaburan mata wang digital yang sama.

Kredit: Berita Harian Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Dec 2017

Perkahwinan Ke-Empat Harap Kekal Hingga Akhir Hayat

Mencari wanita yang benar-benar serasi dengannya dimana perkenalan selama lima tahun itu akhirnya berakhir dengan hubungan suami isteri

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Kenapa… Awak Tak Cakap Dari Mula” – Rupa-Rupanya Chombi Penyanyi Lagu Viral Sayunk I Love You Anak Harry Khalifah, Ramai Tawar Diri Jadi Menantu!

Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam menjadi tular di internet, terutamanya laman sosial TikTok. Karya terbabit meraih perhatian ramai selepas kerap digunakan sebagai lagu latar belakang untuk pelbagai content

Featured Tue, 4 Apr 2023

Hakim Tak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Semoga Kamal Adli dapat keadilan yang sewajarnya

Events Thu, 14 Nov 2019

Aiman Tino Serik Nak Buat Baik?

Sabar okay, Aiman!

Featured Wed, 16 Mar 2022
Events Sat, 15 Sep 2018
Featured Fri, 16 Dec 2022

Individu Suruh Pergi Pejabat Kadi, Zarina Anjoulie Beri Hint Dah Kahwin?

Wah betul ke ni? Moga yang baik-baik untuk Anju

Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Tue, 17 Apr 2018

《偶像练习生》9%出道首张团体照!

中国偶像男团9%(NINE PERCENT)来自选秀节目《偶像练习生》,近来该团飞往美国洛杉矶集训,15日更晒出道后的首张团体照,短短一天时间,就吸引超过26万粉丝留言热议,引发讨论。

Hiburan Wed, 18 Jan 2023

| Live TV

error: Content is protected !!