Categories: Hiburan

Dakwaan Raf Yaakob, Mawar Rashid Bakal Cerai… Fazley Yaakob Mohon Beri Ruang

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 45, mahu memberikan ruang kepada adiknya, usahawan Raf Yaakob dan pasangan, pelakon Mawar Rashid.

Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan Raf dan Mawar bakal bercerai.

“Saya mohon maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Fazley juga memohon doa yang baik-baik untuk Raf dan Mawar.

“Apa yang boleh saya cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk Raf dan Mawar. Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan ini,” katanya lagi.

Usaha pihak media untuk menghubungi Raf dan Mawar gagal apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikhabarkan Hadir Ke Mahkamah Syariah, Mawar Rashid Dan Suami Bakal Bercerai?

Terdahulu, Mawar Rashid, 28, dan suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, didakwa bakal bercerai.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

Padin