Hiburan By: SGMS Faida July 24, 2019 @ 7:00pm

Dalam Diam Ebby Yus Rupanya Dah Kahwin?

Gara-gara sekeping gambar, pelakon dan pelawak, Ebby Yus bingung dihujani soalan mengenai status perkahwinan.

Kata Ebby, dia terkejut apabila salah seorang anak buahnya juga turut menghubungi untuk memastikan kesahihan berita itu.

“Saya sendiri bingung bila orang tanya pasal kahwin. Ramai ingat saya dah kahwin sedangkan foto itu hanya lakonan bersama Zizi Kirana.

“Sejak semalam, saya dihujani soalan sama ada sudah berkahwin atau tidak kerana ramai yang mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput.

“Bagaimana hendak menjemput kerana semua itu sekadar lakonan? Anak buah saya yang berada di Kuantan, Pahang turut menghubungi dan meminta saya menjelaskan perkara itu.

“Saya tidak terasa hati dengan cemuhan dan kritikan warganet, cuma sebagai manusia, siapa kita untuk mempersoal mengenai jodoh kerana ia aturan Allah.

“Saya bagaimanapun, sudah memaafkan mereka kerana setiap individu mempunyai hak untuk meluahkan pendapat masing-masing,” katanya.

Gara-gara foto ‘perkahwinan’ itu juga, Ebby dicemuh segelintir warganet kerana memilih gadis jauh lebih muda sebagai pasangan hidup.

Ebby berkata, spekulasi itu tercetus apabila Ropi memuat naik gambar ‘perkahwinannya’ dengan Zizi di laman sosial, sebelum ia dipanjangkan rakan yang lain.

“Zizi pula turut melayan sehingga ramai yang keliru sama ada kami benar-benar berkahwin atau lakonan semata-mata,” katanya.

Terdahulu, gambar Ebby dan Zizi menggayakan pakaian pengantin tular di media sosial hingga menimbulkan kekeliruan ramai, termasuk rakan artis.

Mengulas mengenai perkahwinan, Ebby menjelaskan, dia pasti akan berkongsi dengan umum seandainya bertemu jodoh pada masa akan datang.

“Buat masa ini, saya belum mempunyai sesiapa yang istimewa. Tetapi, andai kata bertemu jodoh pada masa hadapan, pasti saya akan berkongsi. Saya tidak akan berahsia hingga menimbulkan persoalan pelbagai pihak.

“Saya memilih wanita yang sedap dipandang mata. Jika boleh, ada ilmu agama serba sedikit dan memahami saya,” katanya.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Fattah Teruja Bawa Fazura Balik Kampung

Kesempatan ini akan saya gunakan untuk memperkenalkan isteri kepada saudara-mara yang belum pernah bertemu Fazura. Wah, mesti best kan, pertama kali bawa isteri round kampung!

Hiburan Mon, 11 Mar 2019
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Hafiz Suip Terkandas Di Jepun Akibat Taufan Trami

Semoga perjalanan Hafiz Suip dan keluarga dipermudahkan dan dilindungi!

Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Maya Karin Sambut Hari Jadi ke-40 Di Bali!

Selamat Hari Jadi Maya Karin dari team Xtra! 

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Tahniah! Amar Asyraf Dapat Anak Kedua

Alhamdulillah…Tahniah Amar & isteri!