Daler Yusuf & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga, Rupanya Dah Kahwin 10 Tahun

Pelakon Daler Yusuf tampil mengumumkan isterinya, Sakinah Burikul bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Daler menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Daler telah mendedahkan wajah isterinya buat pertama kali serta mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Malah, pelakon kacukan Uzbekistan itu memaklumkan bahawa mereka sudah berkahwin selama 10 tahun.

“Been 10 years, Alhamdulillah. So many ups and downs but we never gave up. Suggest baby boy names please,” tulisnya.

Memetik laporan mStar, Daler turut menyatakan bahawa cahaya mata yang bakal ditimangnya itu adalah anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama.

“Ya, saya kini sedang menanti kelahiran anak ketiga yang dijangka pada tahun hadapan. Isteri saya ketika ini sedang hamil lima bulan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui pelakon itu sudah lama berkahwin.

Sumber: mStar & TikTok Daler Yusuf

Fatin Nurain